Followers

Monday, October 19, 2009

Kesihatan Pergigian Kanak-kanak

Memberus Gigi


kesihatan pergigian


Kenapa gigi perlu diberus?

Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?

Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).

Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?

Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?



  • Untuk bayi

  • bayi
    • Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

  • Untuk kanak-kanak

  • kanak-kanak
    • Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

    Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
    • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
    • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

    Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
    • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
    • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

    berus gigi
    Ubat gigi sebesar biji kacang soya.

    Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik


    Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?

    Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

    Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?

    Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

    1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

    • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.
    • Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya
      ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
    • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
    • Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
    • Jangan berkongsi berus gigi.
    • Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

    2. Makan secara sihat :
    • Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.
    • Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
    • Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.

    3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :
    • Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
    • Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.


    Ubat-Ubatan


    Latar belakang

    Sesetengah jenis ubat jika diambil dalam tempoh terlalu lama dan berterusan boleh memberi kesan buruk kepada gigi contohnya:

    Ubat sirap Ubat sirap mengandungi gula yang diberikan kepada kanak-kanak, meningkatkan risiko terhadap kerosakan gigi. Tetracycline boleh menyebabkan kecacatan kekal warna gigi sehingga menjadi kelabu atau lebam.

    Apakah kesan ubat-ubatan ke atas gigi?

    • Ubat sirap lazimnya mengandungi gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi terutama jika penjagaan kebersihan pergigian diabaikan.
    • Antibiotik dari jenis tetracycline boleh menjejaskan proses pembentukan gigi.

    Bagaimanakah untuk mencegah kesan buruk ubat-ubatan ke atas gigi?

    Panduan di bawah mungkin dapat membantu mencegah kesan buruk ubat-ubatan pada gigi :
    • Dapatkan ubat-ubatan yang tidak mengandungi gula jika ada pilihan.
    • Gunakan picagari. Ubat yang diisikan ke dalam picagari dimasukkan jauh ke dalam mulut anak bagi mengurangkan kesan gula pada permukaan gigi.
    • Minum air kosong atau berkumur-kumur setelah mengambil ubat. Sekiranya tidak dapat berkumur, bersihkan mulut bayi dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
    • Pastikan jenis antibiotik yang diberikan kepada anak anda. Elakkan daripada mengambil antibiotik jenis tetracycline.

    Makanan Ringan (Snek)


    Latar belakang

    snek Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.

    Apakah makanan ringan yang berkhasiat?

    Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.

    Minuman penghilang dahaga :
    • air kosong
    • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
    • susu segar

    Buah-buahan dan kekacang:
    • buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
    • sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun
    • kekacang seperti kacang kuda rebus
    kekacang dan buah-buahan

    Makanan yang mengenyangkan:
    • Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.

    Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?

    Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

    Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

    Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
    • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
    • Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

    Pemeriksaan Pergigian Berkala

    pemeriksaan gigi berkala




    Latar belakang

    Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.

    Mengapa perlu melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala?

    Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk :
    • Mengawasi pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang
    • Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
    • Menyelia penjagaan gigi sendiri

    Bilakah pemeriksaan pergigian perlu dilakukan?

    Mulakan pemeriksaan pergigian setelah gigi susu pertama tumbuh ( berumur lebih kurang 6 bulan). Ikuti nasihat doktor pergigian untuk pemeriksaan seterusnya.

    Karies Awal di Kalangan Kanak-kanak



    Apakah yang dimaksudkan dengan karies awal di kalangan kanak-kanak?

      Karies awal di kalangan kanak-kanak ialah kerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadar yang cepat yang disebabkan oleh amalan penyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagi oleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia juga dikenali dengan nama karies botol susu.

    Apakah yang menyebabkan kerosakan gigi anak?

    Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku.

    Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan. Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.


    Bagaimana anda boleh mengetahui anak anda mengalami kerosakan gigi?

    Anak anda mungkin mengalami:
    • sakit gigi atau gusi
    • kerosakan gigi kacip di rahang atas
    • kerosakan gigi geraham di rahang atas dan bawah

    Kebiasaannya, kerosakan gigi jarang berlaku pada gigi hadapan rahang bawah.

    Apakah masalah berkaitan yang timbul?

    Kerosakan gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan :
    • sakit gigi
    • bengkak gusi
    • kehilangan gigi

    Bagaimanakah gigi yang rosak dirawat?

    Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan. Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.

    Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi awal di kalangan kanak-kanak?

    Langkah yang perlu diambil :
    • Pangku anak anda semasa menyusu botol dan keluarkan botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.
    • Sekiranya anak anda enggan tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong.
    • Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah. Jadikan kebiasaan untuk memberus gigi nya dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh.
    • Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampur gula ke dalam minuman botol anak anda.
    • Usahakan agar anak anda tidak lagi mengguna botol susu apabila sudah berumur 1 tahun. Latih anak anda minum susu dengan mengguna cawan.
    • Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.

    Ubat Gigi Berfluorida Untuk Kanak-Kanak


    Pengenalan

    Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.

    Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

    Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.

    Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan

    Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

    Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

    Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.

    Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .

    Rawatan Kecacatan Pada Enamel

    Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.

    Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

    Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik

    TETAPI
    • Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.
    • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
    • Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.
    Sumber: http://www.myhealth.gov.my/



    Wednesday, October 14, 2009

    Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

    Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia yang bertanggungjawab dan berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

    Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan, mereka memperolehi pengetahuan telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi

    Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya

    TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

    • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain
    • Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira fakta-fakta jasmani mental, emosi politik, ekonomi, sosial keturunan atau agama
    • Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
    • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran
    • Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
    • Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang seting-tinggi

    TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

    • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
    • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasarna yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga
    • Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
    • Memberikan maklurnat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
    • Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonorni ibu bapa pelajar
    • Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

    TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

    • Mengelakkan diri data menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara
    • memupuk dalarn diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
    • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat
    • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi pendidikan dengan rnasyarakat
    • Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudavaan dan kecendekiawan masyarakat
    • Berpegang kepada tingkahlaku sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami hari dengan baik

    TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

    • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
    • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru
    • Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungiawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan nengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
    • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baharu dalam profesion perguruan
    • Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama haik profesion perguruan.
    • Akan menjadi ahli sebuah pertbuhan guru