Followers

Wednesday, November 25, 2009

Guru Berijazah Mengajar di Prasekolah

Oleh Sariha Mohd Ali, Syuhada Choo Abdullah dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my

Pengajar terlatih pendidikan awal atasi masalah kuasai 3M

KERAJAAN akan mengambil guru berkelulusan ijazah untuk mengajar prasekolah pada masa depan dalam usaha menyediakan guru terlatih bagi pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kementerian Pelajaran turut mengambil langkah menyediakan guru berijazah untuk semua sekolah rendah bagi mendidik murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Muhyiddin berkata, langkah menyediakan guru terlatih ini boleh mengurangkan masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar.

"Ini satu pendekatan yang kita percaya boleh mengubah situasi pendidikan dalam negara untuk meningkatkan kualiti pembelajaran prasekolah dan sekolah rendah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Berikutan itu, Muhyiddin berkata, pengusaha prasekolah swasta juga perlu mematuhi kualiti guru yang disediakan di institusi masing-masing.

Katanya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap prasekolah sektor swasta bagi memastikan ia mematuhi dasar serta menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikuatkuasakan sejak 2003.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak berhasrat menyekat sebarang usaha penambahbaikan dilakukan pengusaha prasekolah swasta selagi ia tidak bercanggah dengan dasar," katanya.

Menjawab kekeliruan Dr Tan mengenai perbezaan antara pendidikan prasekolah dan Permata Negara, Muhyiddin berkata, Permata Negara adalah program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mereka memasuki prasekolah.

"Projek contoh sudah dijalankan di beberapa tempat di seluruh negara dan hasilnya memang baik, malah kementerian akan mengembangkannya secara berperingkat.

"Ini satu lagi cabaran besar kepada kementerian menyediakan tenaga pengajar terlatih bagi membimbing anak yang masih kecil, bukan saja untuk prasekolah tetapi juga pendidikan awal kerana mereka memerlukan bimbingan khusus," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah menetapkan prasekolah antara bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, strategi komprehensif dirancang, termasuk menambah baik kurikulum prasekolah dan cadangan 50 peratus waktu interaksi dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata, sebanyak 4,194 kelas prasekolah baru akan dibina menjelang 2012.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan meningkatkan 67 peratus penyertaan kanak-kanak berumur lima tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta tahun ini kepada 87 peratus menjelang 2012.

Berita Harian Online: 3 November 2009

11 000 Pembantu Guru diperlukan

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Laksana tugas perkeranian, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan bagi meringankan beban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasan seperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan ada antaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.

Ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan.


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata jika cadangan itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah yang dijangka pada 2010 atau 2011.

Katanya, kini sudah ada pembantu guru tetapi cuma disediakan untuk kelas pendidikan khas di sekolah tertentu, sedangkan pembantu itu patut disediakan pada semua 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Jika ini dilaksanakan, setiap sekolah akan menerima pembantu guru mengikut jumlah murid.

"Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.

"Tugas mengajar yang lebih penting, tiada guru yang mahu muridnya gagal, tetapi jika terlalu banyak beban, mereka akan kepenatan dan hilang fokus.

"Bagaimana nak mengajar, sudah tentu kualitinya merosot," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng dan pemimpin kanan NUTP. Sebelum itu, beliau menghadiri Seminar Pendidikan NUTP yang membincangkan mengenai Penilaian berasaskan sekolah dan Transformasi Pendidikan.

Pembantu guru paling ideal atau minimum diperlukan ialah nisbah 500 (murid): 1 (pembantu) dan berdasarkan jumlah murid serta pelajar mencecah 5.5 juta orang, pembantu guru diperlukan ialah 11,000.

Hashim berkata, pembantu guru tidak mencampuri tugas mengajar, cuma membantu guru dari aspek lain termasuk kegiatan kokurikulum seperti urusan mengendalikan latihan, pertandingan sukan atau aktiviti persatuan.

"Jika tugas itu dijalankan pembantu, tidak timbul masalah kelas ditunda atau digantikan guru lain yang semestinya tidak mengajar di kelas ganti kerana berlainan subjek," katanya.

NUTP juga meminta kerajaan menangguhkan sementara cadangan mewajibkan pelajar lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat mendapatkan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menyifatkan guru tidak mencukupi dan belum tiba masanya untuk dilaksanakan.

"Kena kaji masalah guru di luar bandar. Kita perlukan guru pengkhususan Bahasa Inggeris, bukan setakat tangkap muat. Ini tidak menjamin kualiti, bagaimana ajar murid sedangkan guru pun tak cukup bagus, " katanya.

Berita Harian Online: 21 Jun 2009

Wujud Jawatan Pembantu Guru

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

Utusan Malaysia Online: 22 Jun 2009

Fokus: Bebanan Tugas Guru

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my


Kementerian perlu lantik pembantu guru selesaikan kerja perkeranian

TANGGUNGJAWAB hakiki guru adalah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan sempurna, bagaimanapun perkhidmatan mereka dikatakan terjejas kerana sebahagian masa digunakan untuk menyelesaikan tugas perkeranian.

Isi guru sarat dengan beban sampingan bukan perkara baru kerana ia pernah dibangkit dan dibincangkan sebelum ini, malah turut dikatakan sebagai antara faktor menyebabkan ada guru mengalami stres.

Berikutan itu, pelbagai cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah itu, antaranya meminta kementerian mewujudkan jawatan pembantu guru, antara lain bertanggungjawab membantu tugas guru di bilik darjah.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arshad, berkata 25 persatuan dan kesatuan guru pernah berbincang mengenai cadangan itu dengan Kementerian Pelajaran, September lalu.

"Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail menyatakan jawatan pembantu guru akan dipertimbangkan, namun selepas pemergian beliau, ia seolah-olah tiada kesinambungan dan kami masih menunggu jawapan hingga kini.


SEKOLAH Pendidikan Khas lebih memerlukan khidmat pembantu guru berbanding sekolah lain.

"Jika jawatan itu diwujudkan, ia akan dapat memantapkan lagi persiapan guru untuk mengajar, selain tumpuannya fokus terhadap perkembangan pelajar.

"Sekarang, jika ditanya atau mempersoal mutu P&P, pelbagai alasan guru berikan antaranya faktor masa tidak mencukupi kerana sebahagian masa dihabiskan membuat tugas perkeranian," katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata, nisbah ideal seorang pembantu guru mengelolakan dua kelas dan jika perlu ia berdasarkan kapasiti sebenar sesebuah sekolah.

Dalam nada sama, Pengetua Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan), Setapak, Che Fatimah Che Abdullah, berkata melantik pembantu guru perlu disegerakan kerana sudah terlalu lama ia diuar-uarkan tetapi tiada sebarang keputusan.

Penerima Anugerah Pengetua Cemerlang 2008 itu berkata, jika jawatan itu diwujudkan, jumlahnya perlu mencukupi terutama di sekolah pendidikan khas untuk membantu guru mengajar pelajar kurang upaya.

"Berbeza dengan sekolah biasa, penyediaan bahan peperiksaan di sekolah khas cacat penglihatan perlu dibuat satu persatu kerana menggunakan tulisan 'braille' dan jika ada gambar rajah, guru perlu buat sendiri.

"Proses ini memakan masa sehingga ada guru terpaksa menyelesaikannya hingga larut malam dan mengorbankan hari minggu untuk menghasilkannya, selain tugas menjalankan tugas rutin.

Seorang guru di selatan tanah air yang hanya mahu dikenali sebagai Akila berkata, tugas perkeranian seperti pengurusan fail peribadi pelajar, rekod masalah ponteng, persediaan peperiksaan, pengurusan buku kokurikulum, tugas menaip minit mesyuarat serta laporan aktiviti sekolah, membersihkan bengkel, pemfailan bank soalan perlu diserahkan kepada petugas lain.

Selain itu, tugas pendaftaran, urusan kewangan (pungutan yuran) juga perlu dilakukan pembantu supaya guru benar-benar dapat menumpukan perhatian terhadap proses P&P.

Tanpa pelbagai perkara remeh yang memerlukan masa untuk diselesaikan itu, katanya, guru tiada lagi alasan untuk tidak memberikan komitmen penuh terhadap kualiti penyampaian masing-masing.

Sementara itu, seorang guru Sains di sebuah sekolah di Klang yang enggan namanya disiarkan berkata, kerja perkeranian kini seolah-olah tugasan rutin guru, sedangkan tanggungjawab sebenar menjalankan proses P&P.

Walaupun kerja perkeranian mudah, katanya, ia kadangkala terpaksa dibuat sewaktu mengajar, contohnya melengkapkan urusan kesihatan serta pelbagai rekod berkaitan pelajar.

"Ada ketika berlaku kecemasan, pembelajaran terhenti kerana guru perlu menyelesaikannya. Jika ada pembantu, kelas dapat diteruskan dan ini tidak merugikan pelajar.

"Contoh lain, apabila ada sesuatu dasar baru dilaksanakan, guru juga perlu membuat penilaian dan laporan terhadap setiap pelajar, ia memerlukan masa untuk mengumpul semua data. Ini mengganggu tumpuan terhadap proses P&P," katanya.

Berita Harian Online: 24 Ogos 2009

Usaha Wujud Jawatan Pembantu Guru dalam Proses Perbincangan: Alimuddin

KEMENTERIAN dalam proses perbincangan untuk mewujudkan jawatan pembantu bagi mengurangkan bebanan guru yang selama ini terpaksa membuat kerja perkeranian.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata usaha itu juga selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris menjelang 2012.

Beliau berkata, pihaknya perlu mendapatkan pandangan semua pihak berkaitan sebelum melaksanakannya, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, persatuan dan kesatuan guru, pakar pendidikan, pengetua serta guru besar.

“Jika dilaksanakan, untuk peringkat awal, sekolah luar bandar, pinggiran bandar serta yang mempunyai ramai pelajar akan diberi keutamaan.

“Begitu juga kelas dengan ciri tertentu, antaranya sesak dan berprestasi sederhana yang mana gurunya memerlukan bantuan untuk mengendalikan pelajar.

“Kelas bersaiz kecil dan berprestasi tinggi tidak memerlukan khidmat pembantu kerana guru sendiri tidak mempunyai banyak masalah mengajar kerana jumlah pelajar sedikit, selain cemerlang,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau berkata, guru dan pembantu juga boleh berbincang mengenai bahan bantu mengajar perlu disediakan sebelum kelas bermula bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengenai pengambilan, Alimuddin menjelaskan kementerian akan merekrut pembantu guru itu dengan memberi latihan dalam tempoh beberapa bulan sebelum mereka memulakan tugas.

“Kerjaya mereka mungkin tidak sebagai pembantu guru selamanya kerana setelah beberapa tahun berkhidmat, peluang turut diberi untuk menjadi guru.

“Sebenarnya usaha ini sudah dijalankan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kita akan jadikannya sebagai model pelaksanaan,” katanya.

Berita Harian Online: 24 Ogos 2009

35 000 Murid Tidak Tahu Membaca dan Menulis

Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

Kerajaan sasar 85 peratus ikuti prasekolah pada 2012

PARIT RAJA: Kementerian Pelajaran mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mensasarkan 85 peratus kanak-kanak mengikuti kelas prasekolah pada 2012 berbanding hanya 65 peratus sekarang.

"Kementerian Pelajaran sedang berusaha mencapai sasaran 85 peratus itu dulu dan apabila ia menjadi kenyataan, kita akan meletakkan sasaran baru iaitu memastikan setiap kanak-kanak tidak kira di mana di seluruh negara, mendapat pendidikan prasekolah.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak lain khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Pameran Patriotisme dan Kenegaraan 1 Malaysia anjuran Fakulti Sains, Sastera dan Warisan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan dua buku terbitan UTHM bertajuk Darjat Tidak Datang Bergolek: Langit Mana Patut Dijunjung' dan Modul Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia.

Mohd Puad berkata, pihak kementerian kini sedang mengkaji pendekatan sesuai untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak di kawasan pedalaman mendapat pendidikan prasekolah.

Katanya, walaupun kerajaan belum menetapkan sasaran 100 peratus kanak-kanak seawal usia lima tahun mengikuti pendidikan prasekolah, langkah awal harus diambil untuk memastikan masyarakat pedalaman juga mendapat pendidikan yang sempurna.

Berita Harian Online: 12 September 2009

Tugas Tambahan Jejas Keupayaan Guru

Oleh Azrul Affandi Sobry

Penambahan jawatan staf sokongan amat penting untuk beri fokus tugas mengajar

AWAL tahun, hari sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan kepada mereka.

Guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.

Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.

Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh' serta pelbagai kritikan lagi seperti � 'sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut'.

Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.

Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri.

Justeru, tak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer.

Sebagai contoh, setiap tahun guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Tak cukup dengan itu, kutipan yuran perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain termasuk rekod pinjaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu dikemas kini segera.

Bagi guru yang ditugaskan mengepalai panitia pula, beban itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan hampir setiap dua atau tiga bulan. Ada pula guru yang mahir sedikit dalam reka bentuk grafik ditugaskan pula menyediakan grafik untuk majalah sekolah.

Tidak perlulah diperincikan semua beban tugas lain yang perlu lakukan kerana realitinya itu bukan tugas utama guru di sekolah, malah tak pernah diajar ketika mereka mengambil kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru kelas pula pastinya sering merungut setiap kali musim kemas kini data tiba dan mereka ini juga yang kebiasaannya ditugaskan sebagai guru panitia, guru pembimbing rumah sukan serta kelab.

Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal.

Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan data.

"Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain.

"Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan.

"Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Mereka perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian. Jangan biarkan mereka terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan," katanya.

Jemali turut bersetuju bahawa guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang dilonggokkan ke bahu mereka. Katanya, masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar.

"Cuti tahunan atau cuti rehat khas hanya ada tujuh hari. Mana cukup untuk digunakan apabila perlu. Berbeza dengan sektor lain, mereka ada tempoh cuti tahunan lebih panjang dan dapat fokus pada skop kerja mereka.

"Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka," katanya.

Justeru, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain.

Berita harian Online: 29 September 2009

8838 Murid Gagal Kuasai 2M

Oleh Nasuha Badrul Huzaini
bhnews@bharian.com.my

Jabatan Pendidikan Pahang rangka program sesuai atasi masalah

KUANTAN: Seramai 8,838 pelajar sekolah rendah di kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini dikesan gagal menguasai kemahiran menulis dan membaca (2M) sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, berkata daripada jumlah itu, 4,091 pelajar terdiri daripada pelajar Tahun Satu, 2,786 pelajar Tahun Dua dan 1,961 pelajar Tahun Tiga.

“Mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Pelajaran negeri, kami mendapati jumlah pelajar yang gagal menguasai kemahiran itu adalah tinggi dan pihak jabatan sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti merangka program yang bersesuaian bagi membantu mereka menguasai kemahiran 2M.

"Antara langkah yang diambil adalah dengan mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar bermasalah itu dan pihak kami mendapat kerjasama guru pelatih dari maktab perguruan di Lipis bagi tujuan berkenaan.

"Ini penting kerana setiap pelajar Tahun Satu perlu menguasai kemahiran itu bagi membolehkan mereka melangkah ke Tahun Dua dan seterusnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kem Membaca 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kegagalan pelajar menguasai kemahiran 2M itu juga menjadi cabaran terbesar kepada guru di negeri ini dan beliau berharap mereka dapat mencari pendekatan yang sesuai bagi mengatasi masalah itu.

"Kementerian Pelajaran menetapkan kemahiran membaca sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran yang ditetapkan adalah memastikan semua pelajar yang akan memasuki Tahun Empat mampu menguasai kemahiran 2M itu menjelang tahun 2012.

"Pihak jabatan yakin kami mampu mencapai sasaran yang ditetapkan pihak kementerian itu supaya P&P dapat dijalankan secara berkesan," katanya.

Sementara itu, beliau juga menyarankan supaya hubungan erat antara ibu bapa dan guru dapat dipupuk bagi membolehkan segala masalah berkaitan pelajaran pelajar dapat diselesaikan dengan baik.

"Ibu bapa harus mendidik anak mereka supaya mencintai ilmu pengetahuan dan guru pula berperanan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran, maka kerjasama kedua-dua pihak ini penting bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti," katanya.

Berita Harian Online: 4 November 2009

Fokus: Pendidikan Prasekolah

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

PENDIDIKAN prasekolah penting bagi membolehkan kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sejak awal.

Kanak-kanak perlu kuasai pengetahuan, kemahiran asas sebelum memasuki alam persekolahan formal


MENJADIKAN prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi mengukuhkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal wajar kerana ia bukan saja dapat mencapai matlamat itu, malah mengimbangi penguasaan pengetahuan asas ketika mereka memasuki alam persekolahan formal.

Fenomena kini, ada sebahagian murid tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sekalipun sudah belajar di Tahun Enam kerana ketinggalan dalam pembelajaran, antara lain dikatakan berpunca pencapaian dan penguasaan kemahiran berbeza sejak memasuki Tahun Satu lagi.

Sehubungan itu, pelaksanaan prasekolah untuk semua kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan sebenar disifatkan mampu membantu perkembangan pendidikan seterusnya, di samping memudahkan proses pengajaran guru di bilik darjah.

Langkah itu juga memberi kesedaran pelbagai pihak, terutama ibu bapa supaya mementingkan pendidikan awal serta mengubah sikap mereka sebelum ini yang memandang ringan terhadap keperluan memberi pendidikan itu.

Kepentingan pendidikan prasekolah tidak dinafikan seperti kata tokoh akademik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, ia adalah permulaan memasuki dunia pendidikan yang mampu memberi kesan positif kepada proses tumbesaran.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, usaha kerajaan itu adalah langkah pembaharuan terhadap perkembangan pendidikan prasekolah negara.

Malah beliau yakin ia mampu melahirkan murid lebih matang apabila memasuki alam persekolahan, sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadap kurikulum dan tenaga pengajar pendidikan peringkat berkenaan.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, keperluan prasarana bagi memenuhi keperluan pendidikan prasekolah juga wajar ditingkatkan dengan memberi keutamaan kawasan luar bandar.

“Kita tidak mahu jurang antara kawasan bandar dan luar bandar semakin melebar jika kemudahan prasarana prasekolah tidak diagihkan dengan seadil-adilnya.

“Sekiranya wujud kekangan dari segi peruntukan sekali pun, kerajaan harus memastikan kawasan luar bandar menerima akses kemudahan itu terlebih dulu berbanding bandar.

“Aspek penyediaan guru prasekolah yang berwibawa juga penting bagi memastikan amalan dan pendekatan pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak,” katanya kepada Berita Harian.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa kerajaan bakal melaksanakan prasekolah bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal.

Mengenai perkembangan prasekolah semasa, pelbagai pihak menjalankan program pendidikan peringkat berkenaan, antaranya iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Berdasarkan perangkaan, Kementerian Pelajaran melaksanakan program prasekolah di lebih 3,000 daripada kira-kira 7,000 sekolah rendah seluruh negara.

Sementara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat pula menyediakan 8,316 Taman Bimbingan Kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak luar bandar tidak tercicir dalam pendidikan awal.

Ia juga banyak disediakan pihak swasta bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan mewujudkan kemudahan itu hampir di setiap kawasan perumahan terutama di bandar.

Dari segi keseragaman penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas pula, Guru Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan USJ 20, Subang Jaya, Selangor, Zurihan Mohd Yusoff, berkata prasekolah penting bagi menentukan perkembangan pendidikan seterusnya.

Beliau berpengalaman 20 tahun mengajar murid Tahun Satu berkata, kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan prasekolah kerana ia memantapkan keupayaan dan persediaan mereka memasuki alam persekolahan formal.

Sambil mengakui wujud perbezaan ketara antara kanak-kanak mengikuti prasekolah berbanding yang tidak menerima pendedahan itu ketika memasuki Tahun Satu, beliau berkata:

“Murid gagal menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan baik dikenal pasti adalah mereka yang tidak mengikuti prasekolah.

“Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi menguasai kemahiran berkenaan.

“Pada masa sama, mereka juga berdepan dengan kesukaran untuk bersosial antaranya bersikap malu dan takut bergaul dengan rakan lain.”

Berbanding murid mengikuti prasekolah, Zurihan berkata, mereka lebih berani, selesa, mudah mengikuti proses pembelajaran, mampu berkomunikasi dengan baik, selain menguasai kemahiran asas.

Justeru katanya, usaha kerajaan itu mampu mengubah situasi berkenaan, sekali gus membantu kanak-kanak lebih bersedia memasuki Tahun Satu dan mengatasi masalah penguasaan 3M.

Berita Harian Online: 3 Ogos 2009

Prasekolah Jadi Sebahagian Sistem Pendidikan Negara

PUTRAJAYA: Pendidikan prasekolah bakal dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) bermula daripada peringkat awal,


sekali gus memantapkan penguasaan bahasa itu di kalangan murid. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi tujuan itu, prasekolah akan dibekalkan guru BI terlatih sebagai usaha mencapai sasaran apabila ia dilaksanakan kelak.

“Ramai ibu bapa menghantar anak ke prasekolah. Dalam jangka waktu yang sesuai dengan guru terlatih, mungkin dalam masa dua tiga tahun saja kita boleh kuasai bahasa itu,” katanya pada majlis perjumpaan khas Menteri Pelajaran bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kebimbangan sesetengah pihak jika syarat wajib BI dilaksanakan sekarang, ramai pelajar terutama di luar bandar akan terkandas.

"Dalam peperiksaan SPM 2008, hanya 26.9 peratus calon luar bandar lulus BI. Ia bermakna 73.1 peratus pelajar di luar bandar akan gagal memperoleh sijil jika ia dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, 394,000 warga pendidik perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bagi menjamin masa depan pelajar dan keupayaan menguasai ilmu untuk membolehkan mereka menjadi sumber manusia berkualiti atau mampu bekerja sendiri.

"Ia memerlukan komitmen sepenuhnya, bukan separuh hati. Kita tidak akan ada rasa berbelah bagi dan tak nak ada pro dan kontra," katanya sambil mengulangi pemansuhan PPSMI bukan keputusan politik sebaliknya memerlukan iltizam politik yang tinggi untuk dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, walaupun ada suara membantah terutama menerusi akhbar dan blog, kumpulan majoriti yang tidak bersuara juga harus diambil kira.

Beliau berkata, strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah dasar baru yang menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan negara.

Di SEREMBAN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi insentif tambahan kepada guru BI yang berkhidmat di luar bandar bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan apabila strategi memperkukuhkan penguasaan bahasa itu dilaksanakan pada 2012.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada guru Bahasa Inggeris cemerlang berkhidmat di luar bandar kerana Bahasa Inggeris adalah antara mata pelajaran paling rendah pencapaiannya di kalangan pelajar luar bandar.

“Bentuk insentif belum diputuskan kerana memerlukan penelitian lanjut,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia Ke-15 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-2.




Sumber: Berita Harian, 22 Julai 2009

Kanak-Kanak & Permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Fungsi permainan

i. Perkembangan kognitif

Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.

ii. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal

Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

iii. Perkembangan komunikasi

Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

iv. Mengawal perkembangan emosi

Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah.

Di samping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu seperti berikut;

i. Sumber pengetahuan

Banyak pengetahuan diperoleh oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.

ii. Cara mengembangkan daya kreativiti

Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif.

iii. Perkembangan sosial

Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

iv. Membentuk moral

Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.

v. Perkembangan sahsiah

Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.

vi. Memahami peranan jantina

Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kanak-kanak bermain

Tidak semua kanak-kanak dapat bermain semua jenis permainan. Ini bergantung kepada

beberapa faktor;

  • Kesihatan

  • Perkembangan motor

  • Status sosioekonomi

  • Alat permainan

  • Jumlah masa lapang

  • Persekitaran

  • Jantina

Peringkat-peringkat permainan

Pada amnya, kategori bagi kanak-kanak bermain dibahagikan kepada tiga kategori;

  1. Bermain sendiri

Ketika ini kanak-kanak banyak menghabiskan masa sendirian. Mereka akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak, menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan berbagai cara.

  1. Bermain selari

kanak-kanak mula bermain dekat dengan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain alat permainan yang sama. Mereka kelihatan lebih gembira bermain di sekeliling kanak-kanak lain.

  1. Bermain bersama

kanak-kanak mula mencari pasangan untuk bermain. Pada peringkat ini mereka mula mengalami proses sosialisasi iaitu dengan cara bermain bersama-sama rakan sebaya. Bermain bersama amat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak. Pada peringkat inilah mereka mula belajar bertolak ansur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jenis-jenis permainan

1. Permainan aktif

Melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan lain-lain.

2. Permainan pasif

Membaca, melihat komik, menonton tv, dan mendengar radio.

3. Permainan olok-olok

Permainan sosial yang paling popular di kalangan kanak-kanak. Permainan ini melibatkan aksi dan pertuturan menggunakan alat permainan yang sesuai seolah-olah mereka berada dalam kehidupan sebenar. Permainan ini dianggap sebagai pembentuk daya kreativiti kanak-kanak. Pada peringkat permulaan kanak-kanak bermain sendirian (solitary), kemudian mula bermain dengan kanak-kanak sebayanya. Perkembangan daripada solitary kepada peringkat sosial adalah satu cara baik untuk menguji perkembangan daya cipta kanak-kanak.

4. Permainan perkataan

Kebanyakan kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas suka berbual dengan orang lain. Mereka gemar bertanya apa sahaja yang mereka minat.

Kesan sampingan permainan terhadap kanak-kanak

  • Masa bermain yang berlebihan

  • Ketidakseimbangan antara permainan aktif dan permainan pasif.

Sumber Rujukan : http://www.myrumah.net

Sunday, November 22, 2009

Lebih 3 peratus kanak-kanak tidak dapat pendidikan formal

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati, tiga hingga empat peratus kanak-kanak di negara ini tidak mendapat pendidikan formal di sekolah.

Wakil Unicef ke Malaysia, Yousouff Oomar berkata, pihaknya tidak mengetahui punca kanak-kanak berkenaan tidak mendapat hak untuk menikmati alam persekolahan.

Pada masa sama, pihaknya juga tidak pasti golongan atau kaum mana yang paling banyak menghadapi masalah tersebut.

"Apa yang saya fikirkan, tiga hingga empat peratus ini mungkin daripada golongan Orang Asli atau penduduk di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan asas.

"Kanak-kanak yang tiada status kerakyatan juga menghadapi masalah sama kerana sukar untuk mendapatkan surat beranak dan mendaftarkan diri di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri forum sempena ulang tahun ke-20 Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang dirasmikan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di sini hari ini.

Aktivis masyarakat, Datin Paduka Marina Mahathir; Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kesavan dan Yousouff menjadi penceramah pada majlis tersebut.

Malaysia mempunyai kira-kira 40 peratus kanak-kanak daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Yousouff menambah, pihaknya sedang mengenal pasti punca-punca keciciran kanak-kanak terbabit dan bekerjasama dengan Majlis Peguam bagi membanteras masalah berkaitan.

Dalam pada itu, Marina berkata, Kementerian Pelajaran harus memberi fokus kepada usaha memberi hak pendidikan sama rata kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

"Kita harus terpanggil membantu kanak-kanak untuk mendapatkan hak mereka demi mengharungi masa depan yang penuh cabaran," katanya.

Dalam pada itu, Emi Eriza Jasut, 16, daripada keluarga Orang Asli yang ditemui dalam forum tersebut berkata, dia sangat bernasib baik kerana berpeluang bersekolah walaupun lahir dalam keluarga Orang Asli.

Menurutnya, dia bercita-cita menjadi doktor haiwan atau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan ingin mengubah corak kehidupan Orang Asli.

"Kebanyakan masyarakat Orang Asli masih tidak peka mengenai kepentingan pelajaran.

"Saya dan adik beradik sangat bertuah kerana bapa kami sangat mementingkan pelajaran demi masa depan kami," katanya.

Sementara itu, Faezlan Angah, 13, juga daripada keluarga Orang Asli berkata, dia bercita-cita menjadi doktor untuk memberi rawatan percuma kepada masyarakat Orang Asli.

Katanya, dia juga akan memberi pendedahan mengenai kepentingan pendidikan kepada golongan itu pada suatu hari nanti.

Utusan Malaysia: 21 November 2009

Thursday, November 12, 2009

MENGUJI DAYA INTELEK KANAK - KANAK

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir. Sejak zaman greek lagi , konsep kecerdasan otak telah dimajukan. Dalam tahun 1990 , seorang ahli psikologi perancis bernama Binet telah diminta oleh kerajaan perancis untuk mencari satu kaedah bagi mengenal pasti kanak -kanak yang layak dimasukkan ke sekolah. Melalui cara ini , kanak -kanak yang rencat akal akan dapat diasingkan daripada kanak -kanak normal supaya program pendidikan berasingkan dapat diaturkan untuk mereka.

Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan pakar -pakar tentang konsep kecerdasan , hampir kesemuanya bersependapat bahawa ia merupakan potensi berfikir , menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengguanakan daya pemikiran. Lazimnya , kebolehan intelek seseorang itu diukur melalui permerhatian ke atas tingkah laku , tahap penggunaan bahasa , kemahiran kendiri dan kemahiran sosialnya. Tetapi , kebolehan seseorang itu tidak semestinya menggambarkan keupayaan sebenarnya.

Umpamanya , seseorang itu mungkin masih tidak boleh membaca ketika berusia lima tahun kerana tidak mendapat bimbingan dan pendedahan kepada alam bacaan yang sewajarnya. Tetapi , jika dia diberi latihan yang secukupnya , dia pasti akan dapat menguasai kemahiran membaca. Setelah itu, dia akan cepat maju serta dapat memaham i konsep -konsep dan menyelesaikan masalah -masalah.

Ada dua konsep yang perlu difahami , iaitu keupayaan intelek dan pertasi intelek. Keupayaan intelek seseorang itu ditentukan oleh faktor baka. Prsetasi intelek pula boleh dinilai melalui ujian -ujian intelek yang sesuai . Prestasi intelek seseorang itu boleh dipertingkatkan melalui latihan , pengalaman serta motivasi yang kuat untuk berjaya.

Berbagai -bagai kaedah ujian telah dicipta untuk membolehkan pakar -pakar menguji tahap intelek kanak -kanak. Weschler Intellignce Scale for Chidlren (WISC), Weschler Intelligence Scale for Pre-School Chidlren (WISPSI), Stanford Binet dan Bayley Scale adalah beberapa kaedah yang digunakan untuk menguji intelek. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah ini perlu diubahsuai jika hendak digunakan di negara ini kerana ia dicipta oleh pakar-pakar diBarat dengan sekitaran yang berbeza.

Masalah menguji intelek kanak-kanak

Mencipta kaedaha ujian intelek yang seragam untuk kanak-kanak di Malaysia adalah satu tugas yang rumit kerana wujudnya perbezaan keturunan, nilai-nilai kebudyaan, sosioekonomi keluarga dan sebagainya yang pasti akan mempengaruhi pengalaman-pengalaman kanak-kanak itu. Umpamanya, seorang kanak-kanak Melayu berusia lima tahun yang tinggal di kampung akan mempunyai pengalaman dan nilai-nilai hidup yang berbeza daripada seorang kanak-kanak melayu yang sebaya yang tinggal di bandar. Jika kaedah ujian intelek menggunakan Bahasa Malaysia, Kanak-kanak Cina yang kurang memahami Bahasa Malaysia mungkin tidak akan dapat menjalani ujian ini dengan berkesan. Oleh itu, cara melakukan ujian keatasnya perlulah diubahsuai.

Dalam tahun -tahun 1960 -an , murid -murid darjah enam di malaysia telah diwajibkan menjalani satu ujian intelek yang di sediakan oleh pakar -pakar dari negara luar tidak wajar di gunakan di sini. Ini kerana kanak -kanak tempatan tidak mempunyai pendedahan dan pengalaman yang sama seperti kanak -kanak inggeris. Oleh itu , prestasi mereka dalam ujian -ujian ini mungkin lebih rendah dibandingkan dengan kanak -kanak di united kingdom. Ujian -ujian ini tidak mampu memberikan penilaian yang tepat tentang tahap intelek mereka yang sebenarnya.Kanak -kanak yang mengalami masalah kurang zat pemakanaan (malnutrition ) biasanya kelihatan , tidak bermaya , mengantuk dan tidal berminat dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Di tadika , dia tidak dapat menumpukan perhatian pada guru dan tidak berminat bermain -main serta mengikuti aktiviti -aktiviti tadika bersama -sama kanak -kanak yang lain. Dia sudah pasti tidak akan berminat dan tidak akan menumpukan perhatian pada ujian intelek yang dijalankan ke atasnya. Kebanyakan kaedah ujian intelek mepunyai dua komponen , iaitu komponen yang memerlukan kefahaman serta penggunaan bahasa dan komponen yang memerlukan supaya dia mempamerkan kebolehannya melakukan sesuatu mengikutarahan si penguji (performance test ). Dalam keadaan ini ,pastilah kanak -kanak yang mengalami masalah kurang zat makanan akan mendapat markah yang rendah. Penguji perlu mengambil kira masalah yang dialami oleh kanak-kanak ini diatasi terlebih dahulu. Selepas dia pulih dan berada dalam keadaan sihat, barulah ujian intelek diberikan.

Kanak-kanak yang tidak diberi rangsangan yan secukupnya juga tidak akan mempamerkan prestasi intelek yang tinggi. Satu kajian tentang ransangan telah dijalankan oleh pihak UKM keatas kanak-kanak diRumah Amal Tengku Budriah, Cheras, Kajian ini dijalankan selama enam bulan. Setiap kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek. Dalam tempoh itu, kanak-kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama dikenakan satu program rangsangan sementara kempulan yang kedua tidak. Selepas enam bulan, semua kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek sekali lagi dan didapati kanak-kanak dalam kumpulan pertama telah mencapai peningkatan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran kendiri dan interaksi sosial. Kajian-kajian yang telah dijalankan diserata dunia juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai persekitaran yang serba kekurangan akan menunjukkan prestasi yang lebih tinggi setelah mereka mengikuti program ransangan.

Kanak-kanak yang tidak menunjukkan motivasi dalam menjalani ujian intelek akan mendapt markah yang rendah. Ini mungkin kerana dia tidak senang dengan penguji, tidak faham bahasa yang digunakan oleh penguji atau beras takut sewaktu menjalani ujian. Penguji perlulah mewujudkan suasana yang paling baik yang akan membolehkan kanak-kanak itu menunjukkan kebolehannya tanpa menyimpan sebarang perasaan negatif yang boleh menggaggu pemikirannya sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalani ujian-ujian yang diberi dengan baik. Adakalanya, penguji tidak mendapat kerjasama daripada kanak-kanak. Ini disebabkan oleh pelbagai perkara seperti gagguan emosi akibat perceraian ibu bapanya atau kematian seseorang yang di sayanginya.Jika fikirannya terganggu, dia tidak akan dapat menjalani ujian intelek dengan baik dan akan mendapat markah yang lebih rendah dari apa yang mampu dicapainya.

Dari semasa kesemasa, pakar kanak-kanak menemui pelbagai kes terencat akal yang berpunca daripada berbagai-bagai sebab. Dalam melakukan penilaian, doktor kanak-kanak akan cuba mencari punca-punca yang mungkin boleh dirawat. Jika kanak-kanak itu mengalami rencat akal yang berpunca daripada kekurangan hormon tiroksina (thyroxine), dia akan diberikan bekalan ubat ini seumur hidup.

Satu keadaan yang dinamakan phenylketonuria boleh menyebabkan kerosakan otak. Dalam kes ini, kanak-kanak yang terlibat tidak serasi degan bahan fenilalanina dan dia akan diberikan diet yang khusus tanpa bahan amino asid fenilalanina supaya pertumbuhan otaknya dapat berkembang dengan optimun.

Rencat akal pada kanak-kanak mungkin boleh disebabkanoleh kerosakan otak akibat kelemasan (asphyxia) sewaktu dilahirkan, infeksi otak seperti meningitis, sindrom down dan sebagainya. Walau apapun puncanya, doktor yang merawat kanak-kanak itu perlu membuat penilaian tentang tahap inteleknya supaya dia dapat menentukan sama ada kanak-kanak itu boleh mengikuti pendidikan disekolah biasa atau kelas pemulihan atau memerlukan pendidikan khas.

Untuk mengetahui yahap intelek seseorang kanak-kanak dengan sempurna munhkin memerlukan masa yang panjang. Adakalanya, seorang doktor memerlukan beberapa rawatan susulan sebelum dia dapat menentukan tahap intelek seseorang kanak-kank itu. Laporan ibu bapa tentang tingkah laku, kebolehan, kemahiran komunikasi dan sosialissi si anak serta laporan guru tentang kelemahan dan kebolehannya dalam kelas akan membantu pakar kanak-kanak membuat penilaian.

Seorang doktor yang arif dalam bidang developmental paediatrics dengan mudah boleh mengenal pasti masalah intelek yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak. Degan menilai prestasi kanak-kanak itu dari segi manipulasi halus tangan (eye-hand) manipulation), kefahaman dan penggunaan bahasa, kemahiran kendiri, kemahiran sosial dan kadar perolehan kemahiran baru (tare of acquisition of new skills), doktor akan dapat mengukur denagn tepat prestasi intelek seseorang kanak-kanak itu.

Masalah yang wujud dinegara-negara membangun seperti Malaysia ialah kekurangan ahli psikologi untuk menjalankan ujian-ujian intelek. Di negara-negara maju, ahli psikologi akan membantu doktor memberikan maklumat tentang tahap intelek seseorang kanak-kanak itu. Di negara-negara membangun, pakar kanak-kanak tidak ramai dan mereka pula perlu menumpukan perhatian terhadap rawatan penyakit. Kebanyakannya tidak mempunyai masa atau latihan yang khusus bagi membolehkan mereka menilai perkembangan atau daya intelek seseorang kanak-kanak itu degan memuaskan. Menyedari hakikat ini, pakar-pakar antarabangsa yang menghadiri mesyuarat ketiga bengkel Bishop Beckers di Nairobi, Kenya dalam tahun 1982 telah merumuskan bahawa ujian intelek (IQ test) degan menggunakan kaedah-kaedah yang dicipta di negara-negara Barat tidak sesuai digunakan di negara-negara membangun. Cara pernilaian yang lebih sesuai ialah manipilasi halus tangan, kemahiran komunokasi, kemahiran sosial dan kendiri serta kecekapan mempelajari sesuatu kemahiran yang diajarkan.

Menguji daya intelek kanak-kanak cacat

Kanak -kanak pekak , buta yang cacat anggota tidak semestinya terencat akal. Cara menilai daya intelek kanak -kanak dalam golongan ini berlainan daripada cara yang digunakan ke atas kanak -kanak normal. Ahli psikologi di negara -negara maju telah mencipta ujian -ujian intelek yang sesuai bagi kanak -kanak cacat tetapi masalah yang sama juga timbul ia tidak sesuaidigunakan di negara ini.

Kanak -kanak pekak yang cerdik boleh memahami bahasa isyarat dan boleh menangkap maksud melalui pembacaan bibir (lip -reading ). Kita ambil contoh kanak -kanak pekak yang berusia 2 tahun yang tidak boleh bercakap dengan fasih. Jika dia disuruh menunjukkan di mana hidung , mata mulut atau telinganya , diakan dapat mengikuti arahan -arahan itu dengan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa dia memahami makna perkataan -perkataan yang diginakan oleh penguji. Secara tidak langsung , kita boleh mengagak terhadap inteleknya.

Kanak -kanak pekak tetapi cerdik yang berusia tiga tahun sudah boleh meniru lukisan bentuk bulatan. Kanak -kanak spastik berusia tiga tahun yang tidak boleh menggerakkan tangan seperti kanak -kanak biasa tidak akan berupaya meniru lukisan bulatan tetapi kecerdasan otaknya dapat ditentukan dengan menilai tahap kefahaman bahasanya. Pakar yang arif dalam ujian intelek seseorang kanak -kanak cacat akan dapat menentukan tahap intelek kanak -kanak itu.

Untuk membuat penilaian yang memuaskan terhadap daya intelek kanak -kanak , penguji perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang sewajarnya. Beliau perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perkembangan kanak -kanak. Beliau perlu memahami dan mengenal pasti ciri -ciri yang ditunjukkan oleh kanak -kanak dari peringkat bayi hingga remaja. Beliau juga perlu tahu cara mengubahsuai kaedah -kaedah yang digunakan apabila berhadapan dengan masalah -masalah seperti cacat pendengaran , cacat penglihatan , cacat anggota , masalah tingkah laku seperti autisma , masalah kanak -kanak yang kurang tumpuan perhatian ( attention span deficit disorder ) dan masalah ganguan emosi.

Adakah ujian intelek (IQ test) berguna?

Ujian intelek berguna kerana ia dapat membantu pakar -pakar menentukan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu. Maklumat yang diperoleh akan membantu dalam perancangan program pendidikkan si anak pada masa depan. Ujian seperti ini kadang kala dapat membantu mengenal pasti masalah pembelajaran ( learning dysfunction ) yang dihadapi oleh seseorang kanak -kanak yang dianggap mempunyai tahap intelek normal. Kanak -kanak ini boleh memdapat menfaat daripada program pendidikkan khas untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Umpamanya , jika ujian intelek yang dijalankan dapat mengenal pasti masalah pengamatan (perceptual problems ) , latihan kemahiran pengamatan untuknya boleh diaturkan.

Sebagai contoh ,seorang kanak -kanak , berusia lima tahun yang mengalami masalah pengamatan mungkin sukar meniru bentuk O dan []. Kanak -kanak berusia enam tahun yang menghadapi masalah yang sama mungkin sukar membezakan huruf b daripada huruf d. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada program latihan khas.

Adakalanya , ibu bapa memohon dijalankan ujian intelek ke atas anak mereka untuk mengetahui sama ada dia pintar atau tidak. Dalam konteks ini , ibu bapa haruslah memahami bahawa ujian intelek juga mempunyai banyak kelemahan. Markah yang tinggi biasanya menunjukan daya pemikiran yang bagus dan markah yang terlalu rendah pula biasanya menunjukan daya pemikiran yang lemah. Tetapi , ujian intelek sering tidak mengambil kira daya kreatif dan bakat seseorang kanak -kanak itu. Umpamanya , seorang kanak -kanak yang pandai melukis , menyanyi atau bermain alat muzik mungkin tidak dapat dikenal pasti bakatnya melalui ujian intelek biasa. Ini boleh berlaku jika ujian intelek seperti weschler test digunakan.

Ujian -ujian yang boleh mengenal pasti kanak -kanak yang berdaya kreatif tinggi lebih sesuai digunakan. Para penguji bertanggungjawab menjelaskan kepada ibu bapa makna markah -markah yang diperolehi jika mereka menggunakan sesuatu kaedah ujian intelek.

Seorang kanak -kanak yang mempunyai Iq tinggi tidak semestinya akan mencapai kejayaan dalam kerjaya masa depannya. Pelbagai faktor seperti motivasi, peluang -peluang latihan dalam sesuatu pengkhususan dan pengalaman-pengalaman yang didapatinya dari semasa ke semasa akan mempengaruhi pencapaian masa depannya.Albert Einstein dikatakan lembab oleh guru -gurunya tetapi jelas persepsi mereka salah kerana Einstein kemudiannya muncul sebagai seorang ahli sains yang terulung di dunia. Jika tidak digunakan dengan bijak , ujian intelek bukan sahaja boleh memberikan gambaran yang tidak tepat tentang tahap intelek seseorang kanak -kanak , malahan boleh mengelirukan pihak ibu bapa juga.

Kesimpulannya , ujian intelek tidak semestinya memberikan semua maklumat tentang keupayaan intelek seseorang individu kerana tidak mungkin kesemua fungsi inteleknya dapat dinilai sepenuhnya. Seseorang individu boleh mencapai keunggulan dalam sesuatu bidang jika dia mempunyai minat yang kuat serta mendapat galakan , bimbingan , tunjuk ajar yang betul dan peluang -peluang yang sewajarnya. Ujian intelek hanya memberi gambaran tentang kebolehan seseorang pada masa ujian itu dilaksanakan. Sesiapa pun tidak boleh mengetahui dengan pasti masa depan orang lain - sama ada orang itu akan mencapai kejayaan dalam hidupnya atau sebaliknya.

TABIAT DI KALANGAN KANAK -KANAK

Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan seseorang itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.

Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.

Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.

Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul. Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.

Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya. Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya. Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut. Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat kanak-kanak lain. Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.

Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.

Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak

Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.

Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.

Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tuhun.

Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.

Tabiat tidur

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini seringkali tidak disedari oleh ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia setahun yang dibawa oleh ibunya berjumpa saya kerana dikatakan sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, seseorang bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Apabila disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah bahawa bayi tersebut secara tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap kali dia menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.

Amalan ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi satu tabiat. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat. Saya menegaskan kepada si ibu supaya tidak memberikan anaknya susu botol setiap kali si anak terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan agar menepuk -nepuk badan anaknya untuk menidurkannya kembali. selang beberapa hari selepas itu, ibu tersebut memberitahu saya bahawa bayinya mula tidur malam tanpa menyusu botol lagi.

Jika bayi menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk -nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Apa yang kadang kala dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah memasang lampu, menimang -nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia berjalan -jalan keluar bilik dan sebagainya untuk mententeramkannya. Ini sudah tentu akan digemari oleh bayi dan akhirnya menangis diwaktu malam menjadi satu tabiat.

Dalam satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang berusia lapan tahun masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah cuba menggalakkan anaknya supaya tidur bersendirian tetapi gagal : si anak tetap akan kembali semula ke bilik ibu bapanya. Sebenarnya, sejak diperingkat bayi lagi kanak -kanak itu sering dibawa tidur bersama ibu bapanya setiap kali dia menangis. Dia pun terlalu di manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur bersama, dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja kehendaknya.

Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan hanya boleh tidur apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang terpasang. Setelah dia lelap, barulah dia dipindahkan keatas tempat tidur. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun pula hanya boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya bercerita. Semua merupakan tabiat yang telah dibentuk melalui cara -cara yang diamalkan berulang -ulang kali oleh ibu bapanya.

Tabiat makan

Tabiat makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat menggunakan sudu dan garpu, membasuh tangan setiap kali sebelum makan , minum air hanya selepas selesai makan dan sebagainya.

Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Kemesraan diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan adalah suatu waktu yang membosankan.

Anak -anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa mereka. makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak -anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal, pisang, betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.

Tabiat menjerit

Kanak -kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang digunakan oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak -kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan -perkataan yang kurang manis didengar terhadap adik -adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu bapanya berada di luar negeri, dia telah dijaga oleh ibu saudaranya selama setahun. Suasana di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa yang kurang manis sering digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.

Ibu bapa merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat murah hati, pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan -amalan ini akan mudah diterap oleh anak -anak. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai sikap suka bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul anak dan sebagainya, ciri -ciri negatif inilah yang mungkin akan diterapi oleh anak -anak

Tabiat mencuri

Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan ditinggalkan apabila pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. Satu contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih -lebih lagi memandangkan bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang dibuat, saya mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya, tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan ketiga -tiga anaknya. Si ibu juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa.

Kedua -dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah -langkah untuk memenuhi keperluan emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri yang diamalkan oleh si anak pun hilang.

Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan

Kanak -kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu mencocok matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam genggamannya. Kanak -kanak pekak pula sering mengangguk -angguk kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh mengurangkan tabiat -tabiat yang diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak ini.

Tabiat mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak terencat akal.

Kanak -kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia sering bermainseorang diri dan mempamerkan tabiat -tabiat seperti menepuk -nepuk tangan, bergolek -golek di atas lantai atau asyik bermain dengan benda -benda yang terdapat di sekelilingnya.

Tabiat sukar bernafas

Ada sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan kebimbangan di pihak ibu bapa kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang sihat. Masalah seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan kanak -kanak yang sering berasa cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang pernah ditemui.

KES

Muhammad yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas. Dia sering kelihatan menarik nafas panjang. Dia memberitahu saya bahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan sesak dada. Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan fizikal. Prestasi inteleknya juga didapati memuaskan. Apa yang menarik perhatiansaya ialah walaupun dia selalu menarik nafas panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia sedang menulis apa yang saya sebutkan. Apabila ditinjau latar belakangnya dengan lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia sekeluarga baru berpindah balik ketanah air selepas berada diluar negeri selama beberapa tahun. Dalam proses menyesuaikan dirinya denagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah sehinggatimbul tabiat sukar bernafas.

Suasana persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar negeri. Kanak-kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini lebih fasih berbahasa Inggeris. Apabila kembali ketanah air, dia menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran disekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kerana tahap kefahaman bahasa ibundanya amat rendah berbanding dengan murid-murid lain.

Saya menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya memang sihat dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara beransur-ansur. Apa yang diperlukan olehnya ialah bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dirinya telah diaturkan dan dalam masa beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi mengadu sukar bernafas.

KES

Idris yang berusia dua tahun dibawa ke kelinik kerana dikhuatiri menghidap sawan. Dia sering mendapat kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat. Masalah ini bermula sejak dia berusia 11/2 tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini berlaku hampir setiap hari. Umpamanya, jika ibunya tidak membawanya bersama apabila keluar kemana-mana, dia akan menangis sekuat-kuat hati, menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruan dan kakinya seolah-olah kejang. Setelah berhenti menangis, air mukanya kembali seperti biasa. Ini sangat membimbangkan ibu bapanya sehingga setiap kemahuan sianak diturutkan.Keadaan seperti ini memang sering berlaku dikalangan kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan. Oleh itu, penilaian doktor amatlah diperlukan. Tabiat ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat.

Tabiat menahan nafas

Kadangkala, terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika sesuatu kehendaknya tidak diturutkan atau jika dia kesakitan akibat terjatuh, dia akan menangis berpanjangan sehingga biru wajahnya. Apabila dia menarik nafas dan berhenti menangis, air mukannya kembalinya kembali cerah semula.

Kesimpulan

Kebanyakan tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat ini berlanjutan. Ibu bapa harus cuba memahami bahawa tabiat ini adalah perkara lazim dan mereka tidak perlu berasa khuatir. Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca yang menyebabkan mengapa sesuatu tabiat itu sukardikikis. Nasihat pakar diperoleh untuk mencari jalan mengatasinya.

http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm