Pengenalan Walaupun menyediakan tempat untuk bergembira, bersenam dan beriadah, taman permainan kanak-kanak boleh menjadi suatu tempat yang berbahaya jika keselamtan tidak di ambil kira. Setiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan.                               
Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia). 
 |                          
 |                         
 
Kemalangan  kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka : 
- Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan. 
 
- Terhantuk atau terlanggar       peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain. 
 
- Terluka atau tercalar. 
 
 
Peralatan  permainan yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah buaian, "monkey  bars", gelunsur dan jongkang-jongkit.  
Langkah-langkah keselamatan di taman permainan  kanak-kanak Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berkenaan.                     Di antara  ciri keselamatan yang disarankan : 
- Ketinggian peralatan 
 
- Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. 
 
 
- Tapak permukaan dan kawasan       untuk jatuh 
 
- Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:
 
- Pasir         (kedalaman 10 inci) 
 
- Serpihan         kayu proses (kedalaman 12 inci) 
 
- Tikar-luar         getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public Education Brochure). 
 
 
 
 
   
- Jerangkap 
 
- Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap kepala mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM). 
 
 
- Skru dan pepaku yang       menonjol 
 
- Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata. 
 
 
- Terjatuh/Terpintas 
 
- Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas. 
 
 
- Peralatan berkaitan dengan       umur 
 
- Kanak-kanak        pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka. 
 
 
 
                     Contoh  kawasan permainan yang bahaya  
Penyelengaraan taman permainan  kanak-kanak 
- Pastikan taman permainan       dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji. 
 
- Tiada tapak permukaan yang       terbiar. 
 
- Tiada peralatan yang telah       lusuh atau hilang. 
 
- Besi, getah, plastik atau       kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput. 
 
- Permukaan perlu sentiasa       diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam. 
 
- Semua peralatan perlu       dipasang selamat dengan permukaan tanah. 
 
- Semua peralatan perlu       sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar. 
 
 
Pengawasan kanak-kanak 
- Kanak-kanak perlu sentiasa       diawasi di taman permainan. 
 
- Sediakan tempat duduk untuk       ibubapa dan penjaga. 
 
- Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan. 
 
- Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan. 
 
- Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan. 
 
 
 |                
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.