Oleh Kuah Guan Oo 
BANGI, 13 Sept 2010 – Sekumpulan lima orang pakar pendidikan dan penyelidik Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mereka satu program interaktif yang menyeronokkan bagi menggalak kanak-kanak pra-sekolah membaca dan belajar.
Digelar  “MEL” atau “Mari mEmbaca Lagi”, pakej bahan pelajaran yang digubah  berasakan penyelididikan itu mengandungi 30 cekera padat (CD), 30 judul  cerita dalam buku bercetak (60 judul semuanya) bersama satu buku  panduan. Ia dihasilkan oleh pensyarah UKM yang berpengalaman lebih  daripada 25 tahun dalam bidang pendidikan. 
Pakej  MEL untuk kanak-kanak berusia 2 hingga  8 tahun itu telah menarik minat  Oxford Fajar, cawangan Oxford University Press di Malaysia, untuk  menyediakan lukisan dan illustrasi untuk buku-buku cerita itu.
Ketua  projek MEL, Prof Dato’ Dr Halimah Badioze Zaman berkata beliau dan  beberapa orang rakannya di UKM telah berbincang mengenai kekurangan buku  di pasaran untuk kanak-kanak mula belajar membaca dari usia 2 tahun. 
Ini telah mengilhamkannya untuk menyediakan bahan bacaan itu dan hasilnya MEL direka dan diterbitkan. 
Rakan-rakannya  yang terlibat ialah Prof Madya Dr Azlina Ahmad dan Dr Muriati Mukthar,  pensyarah kanan di Fakulti Teknologi dan Sains Matlumat (FTSM) UKM, Prof  Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, dekan Fakulti Pendidikan UKM dan Prof Dr  Tengku Mohd Tengku Sembok (kini bertugas di Fakulti Sains dan Teknologi  Maritim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). 
Prof  Halimah, seorang professor di FTSM, berkata mereka memperolehi satu  geran dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (kini  Kementarian Sains, Teknologi dan Innovasi) untuk menghasilkan bahan itu.  
Walaupun  geran itu diberi di bawah Rancangan Malaysia ke-7, mereka telah selesai  pakej MEL yang mengaplikasikan  penggabungan hibrid antara penggunaan  bahan elektronik dan bahan cetak, tahun ini, ditengah-tengah kesibukan  kuliah dan tugas lain masing-masing. 
Walaupun  lambat, hasilnya cukup berkesan seperti yang dibuktikan oleh pelajar  Sarjana dan doctor falsasah mereka yang telah menjalankan ujian  menggunakan MEL. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak di Tadika dan Taska  boleh membaca selepas dua bulan mengikuti pajek itu. 
“Apa  yabg berbeza dengan MEL ialah ia menarik minat kanak-kanak yang seronok  dicabar untuk merasa, tengok, berfikir dan berinteraksi dengan guru,  rakan-rakan dan persekitaran mereka,” katanya. 
Bagi  para guru Taska dan Tadika, pakej MEL merupkan satu cabaran yang besar  dalam menyediakan bahan yang dapat mengubah budaya pembelajaran dari  pembelajaran hanya secara hafalan fakta kepada budaya berfikir,  berkreatif, inovatif dan penyayang. 
 
Pakej  MEL dengan CDs dan buku itu adalah fleksibel untuk para guru  menggunapakaikan semua bahan pembelajaran dalam lingkungan setahun. 
“MEL  memperkenalkan konsep pembacaan dan pelajaran awal yang holistic untuk  membentuk kanak-kanak dengan identiti Malaysia yang unik dan konsep ini  boleh digunapakai di mana-mana di dunia,” ujar Prof Halimah. 
Beliau  berkata untuk mempastikan pajek MEL itu holistic, beliau dan  rakan-rakannya  telah menerapkan 5 daripada 8 domain perkembangan  generik kanak-kanak berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu,  pengetahuan, etika dan nilai, kesedaran persekitaran, komunikasi dan  pembelajaran seumur hidup. 
Berasaskan  kemahiran-kemahiran tersebut, bahan mempelajaran itu direka dan disusun  untuk menitikberatkan perkembangan sosial, kognitif, affektif atau  emosi, pisikal atau psikomotor, daya kreatif serta innovasi. 
Rancangan  mengajar merangkumi pelbagai aktiviti pra membaca, pra menulis, pra  matematik dan sains berasaskan domain kognitif seperti bahasa, sains,  matematik, muzik, seni kreatif, seni lukis serta kraf tangan berdasarkan  tema dan sub-tema mengikut kurikulum pra sekolah Negara. 
Buku  panduan itu akan membantu para guru, ibu-bapa atau penjaga memahami,  mendorong serta melibatkan diri bersama kanak-kanak (konsep  keterangkuman ataupun inclusiveness) dalam proses pertumbuhan  literasi awal kanak-kanak yang boleh dilanjutkan sehingga kanak-kanak  itu menjejak kaki ke dunia pendidikan formal. 
“Jadi,  tujuan kami adalah menyediakan sebuah panduan berasakan kontinum  pertumbuhan literasi awal kanak-kanak yang bermula daripada usaha awal  mereka membaca, menulis, mengira, berfikir secara logik, berfikiran  saintifik dan berkomunikasi hingga ke peringkat rendah,” kata Prof Dr  Halimah. 
Oleh  sebab cerita selalu menggemarkan kanak-kanak, buku-buku MEL akan  membawa mereka ke muzium dan Masjid Kristal atau mereka boleh mengikuti  telatah Jojo, Si Tupai Dusun. Mereka juga boleh mengetahui tentang air  dan warna yang menceriakan alam sekitar mereka menerusi CDs. 
Pakej  MEL dimana bahan elektroniknya adalah perisian kursus multimedia dan  Internet, dibahagikan ke tiga peringkat. Peringkat pertama adalah untuk  kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun, peringkat kedua untuk kanak-kanak  berusia 4 hingga 5 tahun dan peringkat ketiga untuk mereka berusia 5  hingga 7. 
Prof  Dr Halimah berkata tempoh yang paling sesuai bagi para guru, ibu-bapa  dan penjaga untuk menghabiskan pengajaran silibus MEL ialah setahun. 
Untuk mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam mempelajaran mereka, MEL menyediakan satu checklist bagi para guru, ibu-bapa atau penjaga memantau perkembangan dan kemajuan kanak-kanak itu.
 
Walaupun  Prof Halimah merupakan seorang saintis dan pakar ICT, beliau tidak  menjejak kaki ke dunia pendidikan pra sekolah tanpa sebarang pengalaman.  
Khuatir  tentang anak bongsunya, Riza, yang enggan membaca semasa berusia 4 atau  5 tahun, si-ibu itu mengilham dan merekakan cerita khas seperti kereta  biru Riza dan sebagainya untuk menarik minat anak kesayangannya membaca.  
Apabila  kisah kereta biru yang menjadikan Riza sebagai watak utama, kanak-kanak  itu pun mula berminat membaca dan akhirnya beliau dengan bangga melihat  anaknya itu menerima ijazah Sarjananya baru-baru ini. 
Tetapi,  dalam proses mendorong dan mengajar anaknya sendiri Prof Halimah telah  mewujudkan satu seri bahan mempelajaran pra sekolah baru yang digelar  Bawal pada tahun 1994/5 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka  (DBP). 
Apa  yang menyedihkannya Bawal telah diciplak dan dijual di pasaran.  Walaupun beliau telah melaporkan kepada DBP, beliau tidak nampak  terdapat apa-apa hasil darinya. 
“Ada  seorang datang menjual Bawal ciplak kepada saya suatu hari, dan apabila  saya memintanya periksa nama saya dengan nama yang tercatit di buku  Bawal itu, beliau terkejut!” katanya. 
Walaupun  beliau rugi kerana perbuatan ciplak itu, Prof Halimah amat berpuas hati  apabila beliau diberitahu oleh seorang pemudi di suatu persidangan di  UKM, “Professor, I membesar dengan Bawal!” 
“Cuba anda bayangkan, saya terjumpa seorang pemudi yang membesar dengan Bawal saya!” ketawa beliau.
Prof Dato’ Dr Halimah Badioze Zaman boleh dihubungi di: hbz@ftsm.ukm.my
Tel: 603 2891 6349
Sumber: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/457-ukm-experts-make-it-fun-for-pre-school-children-to-learn.html
Salam, dimana saya boleh dapat MEL ni dan berapa harganye?
ReplyDelete