Followers

Saturday, May 30, 2009

Tema: Haiwan Peliharaan

Lagu: Kucing Saya

Saya ada kucing
Ekornya panjang
Bulu warna putih
Cantik berbelang

Bila saya panggil
Dia pun datang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang

Saya beri makan
Nasi campur ikan
Beri minum susu
Riang selalu

Jaga waktu malam
Tidur waktu siang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang

Tema: Haiwan Peliharaan

Bagaimana melukis gambar kucing & ayam












sumber: http://www.artprojectsforkids.org/

Tema: Haiwan Peliharaan

Origami Arnab

Tema: Haiwan Peliharaan

Origami Kucing

Haiwan Peliharaan













Letakkan kapas di badan biri-biri. Kemudian lekatkan lidi sate dan cucuk pada polisterin. Hiaskan di sudut pembelajaran semasa minggu tema haiwan peliharaan.














Haiwan Peliharaan














Monday, May 18, 2009

Tema: Tanah

Subtema: Habitat Haiwan

Tajuk : Mana cacing?
Masa: 60 minit
Komponen: Kreativiti & Estetika
Hasil pembelajaran:
2.1.6 Menghasilkan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf untuk:
pembentukan
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. cawan kertas
2. tali
3. Butang
4. Manik, kacang, butang/ pen marker
5. Gam

Langkah-langkah:
1. Guru memberi penerangan kepada kanak-kanak tentang cara-cara membuat model cacing daripada bahan terbuang.
2. Kanak-kanak mewarna bahagian atas cawan dan menebuk lubang pada bahagian bawahnya.
3. Secara berkumpulan kanak-kanak menyambungkan cawan-cawan kertas dengan memasukkan tali ke lubang yang telah ditebuk.
4. Kanak-kanak menghiasi model cacing.
5. Kanak-kanak bermain dengan model cacing sambil menyanyikan lagu mana cacing.

Lagu Mana Cacing?

Mana cacing (2X)
Di sini (2X)
Hidup dalam tanah (2X)
Sembunyi (2X)

Mana cacing (2X)
Makan apa (2X)
Saya makan daun (2X)
Sedapnya (2X)

tune: lagu mana ibu

Tema: Tanah

Bencana Alam - Tanah Runtuh


























































Tema: Tanah











































Sunday, May 10, 2009

Tema: Air


Tema: Air

Tema: Anggota Badan

LAGU: ANGKAT TANGAN

ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

Tema: Serangga

LAGU: RAMA-RAMA

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
HIDUP TIDUR DALAM KELONGSONG,
SAMPAI MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADI RAMA-RAMA YANG INDAH,

RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

Tema: Bunga

Lagu: Ku Tanam Pokok Bunga

kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya

kupetik bunga mawar
kuselit di telinga
kujalan sini sana
harum wangi baunya

Tema: Bunga

Pantun Kanak-kanak:


Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;

Apa dalam baju,
Sekuntum
bunga cina.

Tema: Bunga

Gambar Bunga








bunga siantan/ ixora












bunga tasbih/helicornia












bunga matahari










bunga ros












bunga anggerik










bunga keembung/balsam











bunga tulip




















bunga kertas
































bunga raya








bunga seri pagi

Tema: Bunga

Puzzle Bunga

Cetak kedua-kedua lembaran kerja di bawah. Gunting lembaran kerja 2 mengikut garisan. Minta kanak-kanak tampal pada gambar bunga dalam lembaran kerja 1. Itulah dinamakan suai padan (puzzle). Bila gam sudah kering, warnakan.



















lembaran kerja 1


















lembaran kerja 2

Tema: Bunga

Kolaj Bunga


1. Sediakan bentuk-bentuk tertentu atau jika kanak-kanak lakukan sendiri sediakan
blok/stensil bentuk.

* Boleh dibeli di kedai alat tulis.

Antara contoh kolaj bunga.....Ini cikgu dan PPM yang buat.