KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran meminta Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob menyediakan satu kertas berkaitan cadangannya supaya peringkat sekolah rendah bermula pada umur enam tahun.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan pandangan sesiapa sahaja demi meningkatkan mutu pendidikan negara.
“Kita akan kaji dan mempertimbangkan pelaksanaan cadangan beliau itu,’’ katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan saranan Dr. Aminah supaya usia tujuh tahun untuk tahun satu sekolah rendah dimulakan pada umur enam tahun.
Dr. Aminah berpendapat, kebanyakan negara Kesatuan Eropah dan Singapura sendiri sudah mengamalkan pendidikan peringkat sekolah rendah pada usia tersebut.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0612&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm