Followers

Sunday, February 01, 2009

Permainan

Permainan adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Menerusi permainan kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta sesuatu dan meneroka dan membina. Permainan juga dapat membantu kanak-kanak memusatkan perhatian dan menyerapkan sesuatu pengalaman. Ia juga boleh mengembangkan sifat-sifat tekun dan gigih. Dengan itu, kanak-kanak dapat memberi tumpuan pada sesuatu aktiviti dengan lebih lama.

Pengalaman kanak-kanak semasa bermain boleh memupuk semangat bergaul dan mengembangkan kemahiran, bergaul sesama rakan sebaya, belajar berkongsi alatan permainan, bersabar menunggu giliran, menjadi ketua ataupun hanya menjadi pengikut sahaja.

Sekiranya kanak-kanak tidak diberi peluang bermain, maka kita telah menghalang peluang mereka untuk membentuk keperibadian diri dan mengenali potensi diri yang mereka miliki. Permainan merupakan aktiviti yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta bertindak sebagai aset yang membantu pembelajarannya.

TUJUAN PERMAINAN

Permainan membolehkan kanak-kanak:

1. Menggunakan tenaga dan mengembangkan koordinasi otot-otot menerusi aktiviti mengisi, mangangkat, mencurah, menguli, membawa dan menyusun/membina.

2. Melahirkan perasaan menerusi lakonan.

3. Memupuk perkembangan mental menerusi perkembangan bahasa dan konsep.

4. Memupuk perkembangan konsep saiz,bentuk dan nilai angka

5. Memupuk kesediaan membaca menerusi pertuturan dan pemerhatian terhadap saiz dan bentuk.