Followers

Sunday, March 29, 2009

Penilaian di Prasekolah

1.0 Pengenalan

Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.


Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:

“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.


Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.


2.0 Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak

2.1 Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.

Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.


2.2 Matlamat Penilaian

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan

pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:

2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;

2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;

2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;

2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;

2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;

2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan pegawai-pegawai yang memantau;

2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan

2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta

2.3 Kaedah Penilaian

Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanak-kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu.

2.3.1 Pemerhatian

Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sebagainya.

2.4 Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.

Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.

2.5 Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah:

2.5.1 Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.

2.5.2 Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.

2.5.3 Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian.

2.5.4 Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.

2.5.5 Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

2.0 Main dan Kanak-kanak

Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain.

Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah penting bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah dibekalkan dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan cara yang menyeronokkan ialah melalui main.

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang.

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif (Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.

3.0 Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain

Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:

4.1 Aspek Perkembangan Kognitif

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.

Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan perkembangan kognitif ialah:

4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.

4.1.2 Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.

4.1.3 Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan berbeza seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.

4.1.4 Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.

4.1.5 Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan timbul.

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

4.2 Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.

Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Pak Mat jual nasi si… si

4.3 Aspek Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.

Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.

Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

4.4 Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

4.5 Aspek Perkembangan Fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

4.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik.

Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada ‘ monkey bar ’, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

4.0 Merekodkan Pemerhatian

Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin. Maklumat tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-bila masa diperlukan.Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan.

5.1 Rekod Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( Ö ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini.

5.2 Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

5.2.1 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

- Menulis apa yang dilihat secara objektif

- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

5.2.2 Panduan Merekod:

- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang

direkodkan tidak tercicir.

- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.

- Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak.

- Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku

Kanak-kanak yang diperhatikan.

- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang

menggambarkan perkembangan kanak-kanak.

5.3 Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 8 minit.

5.3.1 Prosedur pemerhatian:

- Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan.

- Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.

- Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci.

- Rekod hendaklah tepat dan padat.

- Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

5.3.2 Panduan menulis:

- Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.

- Gunakan bahasa yang boleh difahami.

- Gunakan singkatan semasa mencatat.

- Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan.

- Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau “ Judgemental”.

- Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik atau sulit.

5.0 Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak

Saya akan menghuraikan tentang dua cara merekodkan tingkah laku kanak-kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

6.1 Rekod Anekdot

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar

Umur : 6 Tahun

Kelas : Pra Bestari

Tarikh : 22 Februari 2009

Masa : 8.35 Pagi

Tempat : Taman Permainan Prasekolah

Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan:

Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit.

Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.

Ulasan Guru:

Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.

Cadangan:

Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.


6.2 Rekod Berterusan

Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman

Umur : 6 Tahun

Tarikh : 18 Mac 2009

Masa : 9.15 – 9.20 pagi

Tempat : Pusat Main Pasir

Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria


Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir. Mereka bermain dengan beberapa peralatan main pasir seperti pengorek, pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya.

Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan kepada kanak-kanak yang lain.

Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir. Lepas

buat rumah, kita buatlah bukit dan sungai di

belakang rumah, buat pagar di sekeliling

rumah. Nanti tentu rumah kita cantik.


Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah membahagikan peralatan permainan pasir kepada kawan-kawannya. Jadi setiap seorang mempunyai alat mainan tersebut.

Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom

kita buat rumah kita cantik-cantik. Nanti

kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.

Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil daripada peranan yang dimainkan Aqilah.












Mempunyai sifat kepimpinan




Menunjukkan sifat toleransi dan pandai membahagikan peralatan sama rata.







Aqilah memahami erti persahabatan dan bekerjasama
sesama rakan-rakan.


8.0 Penutup

Penilaian ke atas kanak-kanak daripada peringkat prasekolah adalah sangat penting kepada guru-guru prasekolah untuk mengesan pencapaian, perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam menjalankan penilaian ke atas kanak-kanak, guru perlu menjalankan penilaian dengan mengambil kira beberapa perkara seperti pengetahuan kanak-kanak mengenai diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan selain dari pengetahuan yang dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka lalui di prasekolah. Kemahiran kanak-kanak dari segi pertuturan, penguasaan bacaan dan tulisan, kemahiran berfikir serta kemahiran psikomotor kasar dan psikomotor halus juga perlu diambilkira. Aspek-aspek lain ialah seperti kreativiti, sikap dan sahsiah kanak-kanak serta kebolehan berkomunikasi perlu diperhatikan oleh guru-guru prasekolah dengan teliti dan prihatin.

Oleh itu, dapatlah kita rumuskan bahawa penilaian di prasekolah adalah sama penting dengan penilaian yang dijalankan kepada murid-murid di sekolah rendah atau menengah walaupun kaedahnya nyata berbeza. Namun demikian, apa yang jelas tentang penilaian ialah untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari segala aspek perkembangan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan sdan kepatuhan kepada Tuhan.


Rujukan

Azizi Ahmad ( 2007 ). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya ( 2005 ). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ( 2009 ). Rekod Pentaksiran Murid Prasekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ( 2009 ). Rekod Pengajaran Mengajar Prasekolah.

Kasnani Jantan, Ramlah Jantan, Akmal Hisyam Ar Shad & Siti Norsyafika Kamarudin

( 2006 ). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan, Sarjana Muda (PISMP), KPLI, dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, KEMAS dan Perpaduan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2008 ). Siri Panduan Guru Prasekolah, Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna Jilid 1. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mariani Md Nor . Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Mariani Md Nor & Hamidah Sulaiman ( 2008 ). HBPS2203 Penilaian dan Kemajuan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Mok Soon Sang ( 1993 ) : Pedagogi 4 Pengujian dan Penilaian Pemulihan dan Pengayaan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang ( 2008 ) : Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah ( 2005 ). Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Putri Zabariah Megat A. Rahman ( 2007 ). HBPS1103 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad ( 2007 ). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh ( 2005 ). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakob ( 2007 ).HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Progam Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).


Saturday, March 28, 2009

Pembantu Pengurusan Murid N17

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

A. Pengurusan Prasekolah

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.


PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1. Pembantu Pegurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-

Pengurusan Murid Prasekolah

4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi
mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan
kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima
untuk prasekolah.

4.1.2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka
dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya
bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid
berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.

4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan
seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum
dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran
di dalam kelas.

4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid
sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan
murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan
murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di
dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Perayaan Hari Guru

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru
Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Sajak: Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Tema Hari Guru
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Anugerah Tokoh Guru
Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

Pada tahun 2008 sebanyak empat Tokoh Guru dipilih iaitu seorang Tokoh Kepimpinan Pengurusan Pendidikan dan tiga orang Tokoh Guru Kebangsaan. Masing-masing menerima sebanyak RM10,000 bersama pingat Tokoh Guru yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mei 2008 sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Melaka.


Rekabentuk Pingat Tokoh Guru

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.



Penerima Anugerah Tokoh Guru

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman
Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee


ANUGERAH GURU INOVATIF

"Anugerah Guru Inovatif" adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF

" Mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

" Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenalpasti sebagai kreatif dan dalam pelaksanaan kurikulum itu.

" Menggalakkan guru berikhtiar mencari idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion guru.

" Menyebarkan maklumat berkaitan dengan kreative dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum bagi contoh teladan kaum guru dan pengetahuan umum.





Lagu-lagu Hari Guru

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Perayaan Hari Guru 2009

Perayaan Hari Guru 2009
Tema: Guru Cemerlang Negara Terbilang
Kategori Sambutan
Peringkat Kebangsaan
Tarikh 16 Mei 2009
Tempat Kuala Terengganu
Penganjur Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kerjasama JPN Terengganu

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah

Guru Pembina Negara Bangsa

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2009

Panduan Pencalonan

  1. Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan seperti berikut:
    1.1 - Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah
    1.2 - Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan
    1.3 - Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
    1.4 - Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain
  2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.
  3. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklahdipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran TokohGuru Peringkat Negeri.
  4. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmatataupun sudah bersara. Walau bagaimanapun, calon yang tidak mencapaihad umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan kebolehanpencapaian yang sangat cemerlang.
  5. Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.
  6. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernahberkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah,pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.
  7. Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di KementerianPendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) danKesatuan/Persatuan Guru.
  8. Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan semula.

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK
SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu;
  • Kategori Guru
  • Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
  • Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3)
  • Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)

Syarat-Syarat Peraduan
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua guru dan murid di sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia.
  2. Cerita hendaklah ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  3. Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’.
  4. Tajuk skrip penulisan adalah bebas.
  5. Peserta hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  6. Panjang cerita
    - Kategori Guru TIDAK lebih daripada 3,000 patah perkataan.
    - Kategori Sekolah Menengah Atas TIDAK lebih daripada 1,000 patah perkataan.
    - Kategori Sekolah Menengah Rendah TIDAK lebih daripada 500 patah perkataan.
    - Kategori Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan.
  7. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung hasil karya.
  8. Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip.
  9. Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial saiz 12 poin.
  10. Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.
  11. Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum,agama dan politik.
  12. Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
  13. Penulis hendaklah menghantar hasil karya yang asal.
  14. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar karya-karya yang diterima.
  15. Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III.
  16. Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan murid sekolah rendah dan menengah.
  17. Tarikh tutup peraduan ialah pada 2 Februari 2009.
  18. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah dalam Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.
  19. Hasil karya hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh tersebut ke Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (u.p:Setiausaha Perayaan Hari Guru 2009).
  20. Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas tidak akan dipertimbangkan.
  21. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.
  22. Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Krishanan a/l Ponnusamy di talian 03-88844480 atau Puan Hajah Siti Natrah binti Mukhtaram di talian 03-88844485.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009























Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)
Kategori Pameran
Peringkat Antarabangsa
Tarikh 17 April 2009 - 26 April 2009
Masa 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)
Penganjur Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
Nota Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17– 13 April 2008
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur (PWTC)
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin–hamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad & cuti am)
Tema : BUKU: LAKARAN MASA DEPAN

Majlis Perasmian PBAKL 2009 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 18 April 2009, jam 10.00 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 7019/22 atau layari laman web PBAKL : http://www.klbookfair.com

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah

AKTA PENDIDIKAN 1996
(Akta 550)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
[31hb Disember 1997]


“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

BAHAGIAN IV
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan

15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada -
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.


Bab 2 — Pendidikan Prasekolah
20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika.
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

22. Kurikulum prasekolah.
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.

23. Bahasa pengantar di tadika
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22)

22(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid- murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.