









Lagu: Lompat Si Katak Lompat
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Katak berkaki empat
Bertelur dalam perigi
Telur dilindung buih
Menetas jadi berudu
Berenang di dalam air
Ke hilir mencari ibu
c/o:
Berudu-berudu makin membesar
Tumbuh kaki belakang
Kaki depan keluar
Ekor panjang hilang
Berudu dah cukup sifat
Jejari mula melekat
Anak katak menjadi kuat
Ke darat terus melompat
Lompat Si Katak Lompat -versi tradisional
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
c/o:
Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la ( 2x)
Nanti kita rugi.
Song: One two three four five
One, two, three, four, five
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran meminta Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob menyediakan satu kertas berkaitan cadangannya supaya peringkat sekolah rendah bermula pada umur enam tahun.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan pandangan sesiapa sahaja demi meningkatkan mutu pendidikan negara.
“Kita akan kaji dan mempertimbangkan pelaksanaan cadangan beliau itu,’’ katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan saranan Dr. Aminah supaya usia tujuh tahun untuk tahun satu sekolah rendah dimulakan pada umur enam tahun.
Dr. Aminah berpendapat, kebanyakan negara Kesatuan Eropah dan Singapura sendiri sudah mengamalkan pendidikan peringkat sekolah rendah pada usia tersebut.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0612&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula usia persekolahan peringkat sekolah rendah yang ketika ini bermula pada umur tujuh tahun kepada enam tahun ekoran perkembangan minda kanak-kanak yang semakin pantas. Perkara itu wajar dikaji secara serius kerana keadaan persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak kini semakin baik melalui pelbagai kemudahan yang sempurna.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, negara-negara Eropah termasuk Singapura sudah lama mengamalkan pendidikan di peringkat sekolah rendah bermula pada usia enam tahun.
"Sebenarnya kita sudah terlewat dan kerajaan patut melihat perkara ini," katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media di sini semalam.
Menurut beliau, negara ketika ini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan syarat peringkat pra sekolah sudah lengkap.
"Ada ibu bapa yang memasukkan anak-anak mereka ke pra sekolah seawal usia empat dan lima tahun dan mereka terpaksa menunggu lama untuk memulakan persekolahan peringkat rendah," ujarnya.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm