KUALA LUMPUR 22 Julai - Prasarana yang mencukupi serta penyediaan guru terlatih perlu sekiranya mahu menjadikan pendidikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara.
Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud berkata, cadangan itu merupakan satu langkah yang bijak, bagaimanapun ia perlu disokong oleh kedua-dua perkara tersebut.
"Kerajaan perlu memastikan kelas prasekolah dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan mengajar.
''Jika sekadar papan hitam serta cara mengajar bercakap biasa sahaja tidak memadai. Perlu ada alat pembelajaran yang ke hadapan seperti yang kita lihat di luar negara,'' katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai cadangan pihak kerajaan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada dasar pendidikan negara.
Langkah berkenaan bagi memastikan proses pemantapan bahasa Inggeris dapat dimulakan di peringkat awal.
Dalam pada itu, kata Abdul Rahman, langkah menjadikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara juga mampu mengatasi isu kemunduran pelajar.
"Sebelum ini memang tiada satu sistem untuk prasekolah sedangkan ada bermacam-macam prasekolah yang disediakan oleh pihak swasta serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mahu pergi dan ada yang tidak.
"Apabila wujud sistem yang seragam ini pastinya tidak boleh dielak oleh semua kanak-kanak,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hasan berkata, pelaksanaan sistem prasekolah tersebut perlu menitikberatkan kanak-kanak di kawasan luar bandar.
"Jika sistem prasekolah ini dilakukan, perhatian yang lebih mesti diberikan terhadap kanak-kanak di pedalaman. Kalau mahu memastikan semua pelajar di usia muda cemerlang jangan abaikan mereka.
"Melihatkan situasi sekarang pun, pelajar di luar bandar masih lagi ketinggalan. Jadi pastikan dalam pelaksanaan prasekolah ini mereka tidak ketinggalan, jika tidak sia-sia sahaja apa yang ingin dicapai," katanya.
Selain itu, katanya, sekiranya sistem prasekolah dapat diselaraskan antara sekolah kerajaan dan swasta, ia mampu mengurangkan jurang pendidikan.
"Kalau boleh selaraskan tadika swasta dan kerajaan.
''Itu lebih baik kerana selalunya apa yang kita boleh lihat sekolah swasta ini menyediakan prasarana yang lebih baik,'' jelasnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm -Tarikh: 23/07/2009
Adakah anda sebagai guru-guru di prasekolah KPM bersetuju dengan pernyataan terakhir dalam berita akhbar di atas atau sekadar pernyataan tanpa melihat prasarana yang terdapat di prasekolah KPM? Prasekolah KPM kini bergerak maju selaras dengan kehendak yang terkandung dalam Teras Strategik 'PIPP' yang ketiga iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan. Salah satu strategi untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ialah:
Perluasan Program Prasekolah
• Menambah bilangan kelas prasekolah KPM
• Menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan
• Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah
• Memastikan guru dan pembantu guru mencukupi dan terlatih
Kebelakangan ini, sejak PIPP diperkenalkan memang kami guru-guru prasekolah KPM mengakui kesungguhan pegawai-pegawai PPD atau JPN sering datang ke sekolah dan bertanyakan guru-guru apa lagi keperluan untuk menaikkan taraf prasekolah. Setiap tahun, prasekolah saya mendapat peruntukan yang agak banyak untuk pembangunan prasarana dan tidak malu ataupun bukanlah untuk bermegah-megah tetapi sekadar menyatakan kebenaran bahawa kebanyakan kelas prasekolah di daerah Seremban adalah prasekolah yang terbaik dari aspek pengurusan mahupun aspek P &P. Cubalah anda pergi ke tadika-tadika swasta yang terdapat di daerah anda, nama cukup gah, tapi suasana kebanyakan kelas di tadika-tadika swasta tidak menitikberatkan soal kelas yang ceria dan kondusif. Suasana kelas yang ceria dan kondusif adalah satu aspek yang amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Pada hemat saya, tadika-tadika swasta jauh tidak dapat menandingi prasarana yang disediakan oleh KPM. Mungkin ramai guru-guru prasekolah KPM bersetuju dengan pendapat saya. Para pengusaha tadika swasta pula, janganlah asyik syok sendiri dan berbangga dengan apa yang ada....cuba-cubalah melawat ke institusi prasekolah KPM terutamanya kelas-kelas prasekolah di Negeri Sembilan. Anda pasti terpegun dan kagum.
Sekiranya anda mempunyai pendapat sama ada pro atau kontra mengenai isu ini bolehlah menghantarkan komen anda ke email: anizakaria@gmail.com
Salam,
ReplyDeleteSaya terpaksa melihat berkali-kali tarikh artikal ini ditulis kerana bimbang tersalah lihat. Mana tahu, mungkin artikal ini ditulis pada tahun 1980!!!
Melihat kepada rencana yang cikgu kutip itu, saya tertanya-tanya, pernahkah pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan itu melawat prasekolah dan menyemak silibus prasekolah?
Kenyataan bahawa prsarana tadika swasta lebih baik daripada prasekolah KPM menunjukkan orang tersebut jauh ketinggalan zaman!
Malah, pendekatan dan kaedah yang digunakan di prasekolah KPM juga jauh lebih baik berbanding kebanyakan tadika swasta. Itu belum lagi jika nak dibandingkan kualiti guru swasta yang rata-rata tidak mempunyai kelayakan ikhtisas yang sesuai untyuk menjadi guru prasekolah.
Terima Kasih Cheguman atas pandangan yang diberikan. Jadi, dalam hal ini nampaknya saya tidak keseorangan.
ReplyDeleteArtikel ini adalah petikan berita akhbar Utusan Malaysia dalam bulan Julai 2009. Saya terlupa nak nyatakan tarikhnya.
Cg ani saya cukup bersetuju dengan pandangan cg. Tadika Swasta terutamanya di bandar bandar besar cuma gah atas nama saja, bubuh nama english dan dengan teknik pengajaran yang tah apa-apa dengan pasarana yang ala kadar saje. Bayaran nya melampau, tapi banyak juga yang ibu bapa terpengaruh, la ni dah macam nak tunjuk kan standard ibu bapa pulak kalau hantar kat tadika swasta yang mengunakan bahasa english ni. Cg nya yang mengajar pun kebanyakannya tak ada basic pengajaran kanak-kanak dan B.Inglish pun ala kadar jugak. Taraf pendidikan cuma SPM saje, buakn nak kutuklah tapi ini hakikat. bagi saya kecemerlang kanak2 di tadika swasta disebabkan ibu bapa bukannya sebab tadika swata itu, kerana ibu bapa yang menghantar di tadika swasta kebanyakannya terpelajar dan masing-masing amat menitik beratkan pendidikan anak2. Cuba tadika swasta ni dapat anak murid macam prasekolah yang kebanyakanhya anak orang2 miskin, anak2 kampung , anak2 terbiar mahu senget kepala cgnya mengajar. akhirkata teruskan usaha murni cg mengajar prasekolak semoga berjaya, lantakkan dengan apa yang orang nak kata dengan prasekolah kerajaan ni.
ReplyDeleteSaya lagi bimbang tentang kenyataan bahawa kononnya mereka nak sediakan guru yang berkelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak...
ReplyDeleteSekiranya betul mereka ingin berbuat demikian, kenapa saya mendapat berita kononnya para graduan yang mengambil kursus dalam pendidikan awal kanak-kanak peringkat sarjana muda yang bertungkus-lumus belajar selama 4 tahun dalam bidang yang berkaitan di peringkat universiti ingin di hantar ke sekolah menengah dan memberi tanggungjawab mendidik kanak-kanak prasekolah kepada pelajar KPLI?
Saya hairan kerana alasan utama yang diberikan adalah guru-guru 'pure' pendidikan lebih diperlukan di peringkat sekolah menengah kerana murid-murid tersebut akan menghadapi exam dan kononnya guru-guru 'pure' pendidikan lebih sesuai untuk mengawal psikologi murid-murid sekolah menengah...
Masalahnya bukankah peringkat awal kanak-kanak adalah lebih kritikal dan memerlukan penekanan yang lebih khusus termasuklah penyediaan guru dan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk mendidik kanak-kanak prasekolah?
Saya hairan dan risau kerana desas-desus ni berkait dengan masa depan kerjaya saya dan rakan-rakan yang baru sahaja bergelar graduan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan graduan pendidikan prasekolah. Junior-junior yang memasuki tahun akhir pengajian juga seolah-olah merasa gelap masa depannya kerana mendengar khabar berita sebegini...
Buat apa kami mengambil bidang pendidikan awal kanak-kanak sedangkan kami akan menjadi guru sekolah menengah?