



























 Itu mungkin keinginan anda, bukan anak anda. Tugas ibu bapa  hanya membimbing mereka ke arah hidup yang baik dan bukan menentukan  kehidupan mereka.
 Pendidikan tidak hanya terhad dalam bilik  darjah kerana ada banyak kemahiran yang tidak boleh disampaikan di dalam  kelas.
 Saya kasihan melihat kanak-kanak yang hidupnya hanya  dipenuhi dengan belajar secara formal, terutama mereka yang dimasukkan  ke kelas tambahan khas sejak umur tiga atau empat tahun.
 Memang  tidak salah memberi anak pendidikan tetapi biarlah ia berlangsung  mengikut perkembangan umur mereka walaupun ramai menganggap kanak-kanak  seperti ini bertuah.
 Namun, ramai juga tidak sedar mereka  kehilangan peluang untuk menikmati keseronokan zaman kanak-kanak.
  Selain itu ibu bapa juga perlu sedar, tidak memberi rawatan diperlukan  juga sebenarnya merampas hak kanak-kanak. Contoh paling senang ialah  imunisasi.
 Setiap kanak-kanak yang lahir di negara ini ada hak  untuk diberi suntikan imunisasi secara percuma dalam program Imunisasi  Kebangsaan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi melindungi  kanak-kanak daripada penyakit berbahaya.
 Kegagalan membawa anak  mendapatkan perlindungan ini seolah-olah sengaja mendedahkan anak  kepada agen penyakit, terutama penyakit berjangkit akibat serangan virus  dan bakteria. Ini adalah langkah pertama, paling mudah dan murah untuk  memberi perlindungan terbaik kepada anak.
 Hak kanak-kanak sudah  lama diiktiraf dan sambutannya berbeza di seluruh dunia. Hari  Kanak-kanak Antarabangsa disambut pada 1 Jun setiap tahun manakala Hari  Kanak-kanak Universal pula pada 20 November.
 Di Malaysia, kita  meraikannya Sabtu ketiga setiap Oktober. Di negara lain, mereka  menyambutnya pada tarikh berbeza mengikut kesesuaian masing-masing.
  Di negara kita Hari Kanak-kanak mula dirai sejak 1959 dan kini lebih  150 negara di dunia menyambutnya. Tidak kira bila, sambutan ini adalah  tanda penghargaan dan penghormatan kepada kanak-kanak dan golongan muda  di bawah 18 tahun.
 Ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap  tanggungjawab keluarga dan semua anggota masyarakat, terutama ibu bapa  serta agensi kerajaan dan swasta untuk melindungi hak dan masa depan  kanak-kanak.
 Ini juga membolehkan masyarakat menghargai  keperluan mempertahankan hak dan menegakkan keadilan untuk kanak-kanak  berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak.
 Seperti orang dewasa,  semua kanak-kanak, termasuk remaja di bawah umur 18 tahun mempunyai hak  asasi sama tidak kira bangsa, agama, kedudukan dan negara.
  Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 menetapkan setiap kanak-kanak  perlu diiktiraf sebagai individu yang mempunyai pemikiran dan hak untuk  hidup selamat dan gembira tanpa diskriminasi.
 Setiap  kanak-kanak berhak mendapat empat keperluan asas iaitu:
DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.
DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.