Dalam tempoh 25 tahun yang    lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini telah  meningkat.    Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan  kanak-kanak berbanding    masapmasa lalu. Bilngan  anak dalam    sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin  menumpukan perhatian    yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka  sangat khuatir    jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima  tahun (pra    sekolah ) lembab .
 Kecacatan -kecacatan yang    serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak  menjangkau usia    tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang  teruk serta    cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan  tangan dan    kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang  merasakan bahawa    anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang  sebaya dengannya    walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap  demikian    sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap  pencapaian    kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan  lebih    lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .
 Ibu bapa sering membanding    kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak  jiran     tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza  antara    satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu  bapa mungkin    menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi  kemahiran    bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik  -beradiknya    yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung  berasa bimbang    tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab  jika dibandingkan    dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu  bapa tentanganak    mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang  prestasi intelek    anak mereka .
 Kadangkala , persekitaran    dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak  boleh menjadi    punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian  bahasa    , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa  bantuan    orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya .  Tidaklah    menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak  mendapatcukup    perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui  satu projek    penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak  tempatan oleh    jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .
 Kanak -kanak tersebut telah    dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu  kumpulan    telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang  memerlukan juga    penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih  tentang cara    -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan  banyak masa    untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai ,  mengasuh serta    melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka  seluar sendiri    . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan  telah diuji    inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah  mendapat    rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran     bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini  menunjukan betapa    kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek  seseorang    kanak -kanak itu
 Pakar kanak -kanak menyarankan    agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti  dari awal    -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur  untuknya .    Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal  pasti    untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari  peringkat awal    lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih  membawa    manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah  dewasa    .
 Punca seseorang anak itu lembab    prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan  faktor    budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi  intelek    seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum ,  kanak-kanak    itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian  terhadapkanak    -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi ,  dapatlah program    pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan     -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu  dibimbing    oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi  -strategi pembelajaran    yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .
 Kanak-kanak     prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?
 Pengetahuan tentang perkembangan    kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui  sumbangan-sumbagan pakar    kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi  pertuturan    (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam  bidang ini,    pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di  negara-negara maju.    Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di  negara-negara    membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam  bidang-bidang berkenaan.    Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab,  pengetahuan dalam    bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf  dan psikologi    (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi  pertuturan,    pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara  anggota    diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan  profesional yang    mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah  kesihatan atau    perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak  tersebut menghidap    sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga  perlu    memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu  disebabkan    oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran  atau    penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan  sama ada    masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah  disebabkan    oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan.  Merekalah yang    bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar  psikologi dan    para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.
 Para profesional dalam bidang    perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk  menilai kanak    -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di  mana seseorang    kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit  atau    lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang  kanak    -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai  berjalan hanya    pada usia dua tahun serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami  sesuatu    arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia  mengalami keadaan    yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian  doktor untuk    memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak  -kanak    yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami  perkembangan    perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan  ini boleh    dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau  pakar pendidikan    perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami  masalah    perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak  atau doktor    untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang  pakar psikologi    atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat  kecuali pakar    tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .
 Penyakit sawan yang terbiar    tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang  menghidapinya    . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan  mungkin tidak    akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit  sawan    kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung .  Saya    pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah  menghidap    penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil ,  sungguh ketara    sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen -  cephalogram    (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan  sawan .
 Sawan ada berbagai -bagai    jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering  menyerang    kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung  beberapa    ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang  menjalankan sesuatu    aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu  dirawat    dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan  perhatian kepada    pelajarannya di dalam bilik darjah .
 Kanak    -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?
 Dari pengalaman saya, kebanyakanibu    bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat mengesan jika ada  sesuatu yang    tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka akan  mengambil perhatian    berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera tidaklah  dapat    dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah  yang dikenal    pasti lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah  terlalu    kecil . Golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya  mempunyai    reratusan kanak -kanak prasekolah lembab yang lebih tinggi  dibandingkan dengan    golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang tinggi .
 Kanak -kanak yang termasuklah    dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami  masalah    pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah  ini perlu    di perolehi .
 Mereka yang dilahirkan ringan    timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika mereka  pernah menerima    rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal  aspyxia ) atau    penyakit kuning yang serius (septicaemia )  
 1.      Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .
 2.      Mereka yang sering berpenyakit
 3.      Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan  perhatian (attenspan    deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi
 4.      Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang  kucar    -kacir sehingga mereka berasa kurang tenteram .
 .     Bagaiman menilai kanak -kanak  prasekolah    yang lembab ? 
  Riwayat yang terperinci    perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu  doktor menentukan    sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran  dan sebab    -sebab timbulnya masalah tersebut . 
 Contohnya kanak -kanak berusia    3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah perkataan  sahaja tetapi    boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh memahami  dan mengikut    arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan hanya  setaraf    dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi  pelaksanaan    aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian ,  berjalan    dan sebagainya adalah memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu  sahaja     dan telah disahkan menghidap sawan pada hari pertama  kelahirannya . Ini    di sebabkan  oleh kekurangan bahan    glukos dalam darahnya pada masa itu. Maklumat ini penting untuk  memahami punca    asa kelembapan pemikiran si anak ini. Pakar kanak-kanak      sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang  disebabkan    oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak  itu lembab    pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi  yang    dilahirkan prematur diawasi supaya tahap glukos dalam darahnya  sentiasa berada    pada paras normal.
 Satu lagi kes melibatkan seorang    kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa berjumpa  doktor    kerana  didapati tahap pemikirannya    lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara terperinci, didapati bahawa  dia pernah    mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia tiga tahun.  Penyakit    meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.
 Kedua-dua kes ini menunjukkan    betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat seseorang  kanak-
 kanak itu untuk mengatahui    punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya lembab.  
 Kajian terhadap perkembangan    bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana kanak -kanak  yang    lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah  pembelajaran     apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang  kanak -kanak    yang normal sudah boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh ,  umpamanya , "    Mak , adik haus , nak minum air oren ". Kanak -kanak berusia tiga  tahun    yang rencat akal mungkin hanya boleh bertutur satu atau dua patah  perkataan    sahaja .
  Ada berbagai -bagai    punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap .  Antaranya iailah    kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi  dengan orang    di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian  otak yang    menguasai fungsi pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang  lambat bercakap    walaupun dia boleh memahami dan mengikuti arahan -arahan yang  diberikan . Kanak    -kanak yang sebegini seolah -olah kurang mempunyai motivasi untuk  bercakap .    Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa masalah seperti kurang  pendengaran    , kerosakan pada alat pertuturan  dan    sebagainya . Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila  dikaji    riwayat keluarganya , didapati bahawa ayahnya , didapati bahawa  ayahnya juga    lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu .Olehitu , masalah yang  dihadapi oleh    kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan dengan baka dan tidak perlu  bimbangkan    kerana dia bercakap dengan normal apabila dewasa sedikit kelak .  Memang tepat    seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat dalam tempoh  masa beberapa    bulan kemudiannya . 
 Pemeriksaan perkembangan kanak    -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk menentukan tahap  perkembangannya    dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran kendiri dan  juga kemahiran    sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti  kurang tumpuan    perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau  asyik    bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini  boleh menjejaskan    perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan  daripada    kanak -kanak lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis  , meniru    gambar lukisan atau membuat sesuatu bentuk dengan kiub boleh memberi  maklumat    tentang prestasi inteleknya . Umpamanya , kanak -kanak yang berusia  tiga tahun    lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan dengan pensil jika disuruh  dan boleh    mengecam serta menunjukan gambar -gambar binatang dengan tepat seperti  yang    di arahkan oleh si penguji .
 Dalam menilai prestasi intelek    seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya dari  berbagai    -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami  bahasa yang    digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk  melukis ,    mereka bentuk model, meniru susunan kiub     dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam acuannya. Dari  bahasa    dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu  mengaggarkan tahap    pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak     itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti kanak-kanak  biasa, ujian-ujian    ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran seorang  kanak-kanak yang    pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa boleh diukur  berdasarkan    keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.
 Satu kaedah ujian yang digunakan    bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan menyuruh     dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu  cara    lagi ialah dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta,  botol    susu  dan sebagainya.     Gambar-gambar yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek  kanak-kanak    itu. Pakar kanak-kanak dan pakar psikologi perkembangan kanak-kanak  yang mahir    boleh menilai tahap perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai  segi hanya    dengan memerhatikan kanak-kanak itu menjalani ujian-ujian yang  diaturkan, meneliti    tingkah lakunya.  Dalam pergaulan    dan cara dia berinteraksi dengan orang lain. Pakar tersebut juga boleh  memerhatikan    tingkah laku kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain -main seorang  diri atau    bersama -sama kanak -kanak lain dan juga dengan mendengar  pertuturannya yang    secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang apa  yangterkandung dalam    pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah yang saya gunakan untuk  kanak    -kanak yang berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan menunjukkannya  gambar    -gambar serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu .  Gambar -gambar    yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut ,  lapangan terbang    , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan  sebagainya    . Kanak -kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita  dengan baik    tentang setiap gambar itu .
 Kebanyakan pakar kanak -kanak    tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti perkembangan kanak  -kanak prasekolah    yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat pendiagnosan masalah  yang dihadapi    oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli psikologi  untuk mendapat    keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .
 Dalam menjalankan pemeriksaan    , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran kanak -kanak  itu dengan    menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan  yang kanak    -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak  -kanak    yang bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan  untuk tindakan    selanjutnya .
  Pakar -pakar yang menjalankan    pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental examinition )  akan    memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya  tanpa    rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan  yang tidak    normal . Dia juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak  -kanak itu    singkat atau tidak dan sama ada kemahiran pengamatan (perceptual  skills ) ,    daya ingatan (memory ) , cara memproses sesuatu maklumat atau  stimulasi yang    diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu memuaskan atau tidak . 
  Kadang kala , pemeriksaan    terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan  -kelainan tertentu    seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun (  undescended    testis ) , masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit  seperti lelah    , resdung , sawan tidak membesar ( failure to thrive ) , pucat dan  sebagainya    perlu dirawat terlebih dahulu sebelum penilaian intelek kanak -kanak  prasekolah    yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan . Kanak -kanak yang  pucat (anaemic)    mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing     kerawit dan sebagainya . dia sering mengantuk , tidak bermaya  dan tidak    menunjukan minat untuk belajar. 
 Intervensi    awal  
 Penilaian ke atas kanak -kanak    dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program -program  intervensi    awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu  disesuaikan untuk    setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan  kelemahan -kelemahan    kanak -kanak itu sendiri .
 Sesuatu program yang diatur    itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu  difahami oleh    ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai  motivasi    untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina  keyakinan    diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan  rakan    -rakan sebayanya boleh dijalankan  .    Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak  mempamerkan    kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan  khas .    Jika penguasaan bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih  banyak    berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas untuk  mempertingkatkan kefahaman    bahasanya .
 Sebagaimana yang telah diterangkan    , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian  akademik .    Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan      terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.  
  Intervensi mungkin memerlukan    rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak  yang    sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak  yang mengalami    kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon  tersebut    seumur hidup. Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-intervensi  awal yang    merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya  mengawal diri    (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan  untuk mengurangkan    keresahan anak itu sewaktu  menjalani    program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi  masalah    pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah  pembelajaran    boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.
Kesimpulan     
 Kanak-kanak prasekolah yang    lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya pendiagnosan  dapat dibuat    dan ciri-ciri  kekuatan serta kelemahan    anak itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting agar program  pemulihan berserta    objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-kanak  itu dapat    diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan  mempamerkan ciri-ciri    perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati  lambat bercakap    perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa  pencapaian    bahasa  amatlah penting kerana ini    adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis .
 Penilaian awal keatas kanak-kanak    prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para profeional, ibu  bapa dan    jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan disekolah  biasa,    disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat  pengajian yang    mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang  formal.
Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm