|  Kerjasama  |       JPN Terengganu
 
 Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah  Guru Pembina Negara Bangsa   Rasional pemilihan tema tersebut ialah:   a.     Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.   b.    Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.   c.     Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.d.    Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.  LAGU TEMA         HARI GURU 2009 GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG                                     Guru cemerlang mengasih dan menyayang                                 Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa                                 Gigih terus bakti hidup penuh berbudi                                 Maruah profesional disanjung tinggi
                                  c/0                                 Guru berjasa berkhidmat dengan setia                                 Menjulang nama bangsa di mata dunia                                 Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma                                 Realisasi visi  dan sejati                                      Guru cemerlang Negara terbilang                                 Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa                                 Guru cemerlang Negara terbilang                                 Kesejahteraan Malaysia berkibaran
  Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2009
  Panduan Pencalonan
 
 - Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan  keutamaan seperti berikut:
 1.1 - Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah 1.2 -  Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan 1.3 - Penglibatan aktif dalam  kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat 1.4 - Kecemerlangan dalam bidang-bidang  lain
  - Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara  ini.
 - Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklahdipilih daripada  tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran TokohGuru Peringkat Negeri.
 - Calon hendaklah  berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmatataupun sudah bersara.  Walau  bagaimanapun, calon yang tidak mencapaihad umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan  kebolehanpencapaian yang sangat cemerlang.
 - Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh  yang telah meninggal dunia.
 - Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau  pernahberkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah,pengetua, guru besar atau  pentadbir di dalam bidang pendidikan.
 - Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di  KementerianPendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) danKesatuan/Persatuan  Guru.
 - Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan  semula.
 
 
 PERADUAN  MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
   Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu;
 - Kategori Guru
 - Kategori  Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
 - Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 –  3)
 - Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)
 
  Syarat-Syarat Peraduan
 - Peraduan ini terbuka kepada  semua guru dan murid di sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia.
 - Cerita hendaklah  ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
 - Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’.
 - Tajuk skrip penulisan adalah bebas.
 - Peserta  hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa  Inggeris.
 - Panjang cerita
 - Kategori Guru TIDAK lebih  daripada 3,000 patah perkataan. - Kategori Sekolah Menengah Atas TIDAK lebih daripada 1,000 patah perkataan. - Kategori  Sekolah Menengah Rendah TIDAK lebih daripada 500 patah  perkataan. - Kategori Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada  250 patah perkataan. - Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada  penghujung hasil karya.
 - Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman  skrip.
 - Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4  dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis  Arial saiz  12  poin.
 - Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli bukan ciplak atau  terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.
 - Hasil karya tidak boleh mengandungi  unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum,agama dan politik.
 - Latar belakang cerita  hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam  kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
 - Penulis hendaklah menghantar  hasil karya yang asal.
 - Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar  karya-karya yang diterima.
 - Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III.
 - Penulisan skrip adalah untuk bahan  bacaan murid sekolah rendah dan menengah.
 - Tarikh tutup peraduan  ialah pada 2 Februari 2009.
 - Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk  menerima hadiah dalam Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.
 - Hasil karya  hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh tersebut ke Pengarah  Jabatan Pelajaran Negeri (u.p:Setiausaha Perayaan Hari Guru 2009).
 - Penyertaan yang  gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas tidak akan  dipertimbangkan.
 - Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan  dengan peraduan tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.
 - Sekiranya ada  sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Krishanan a/l  Ponnusamy di talian 03-88844480 atau Puan Hajah Siti Natrah binti Mukhtaram di talian 03-88844485.
 
  | 
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.