Followers

Sunday, April 12, 2009

Tema: Diri Saya

Bagaimana melukis wajah









Sumber: http://www.artprojectsforkids.org/

Tema: Rumah Saya

Bagaimana melukis rumah







Sumber: http://www.artprojectsforkids.org/

Tema: Permainan

Membuat Corak dengan Guli

Bahan-bahan:

Warna air/warna poster
sudu plastik/mangkuk kecil/bekas kecil
Beberapa biji guli
Kertas kartrij/kertas lukisan
Kotak/dulang mengikut kesesuaian saiz kertas

Teknik:

1. Letakkan kertas di dalam kotak/dulang
2. Letakkan warna di atas sudu.
3. Letakkan guli di atas warna tadi. Golekkan guli sehingga keseluruhannya diselaputi
warna.
4. Letakkan guli di dalam kotak yang berisi kertas.
5. Goyangkan kotak sehingga membentuk corak yang menarik.

* Boleh juga meletakkan lebih daripada satu guli yang diselaputi dengan warna yang berlainan pada satu-satu masa ke atas kertas lukisan.










Sumber:
1.http://artsmarts4kids.blogspot.com/
2.Leela R. P&P Pend.Seni. Mereka corak

Tema: Udara

Membuat Corak dengan Buih Sabun

Kanak-kanak sudah tentu suka bermain dengan buih sabun yang beraneka warna. Apa kata kita jadikan buih sabun sebagai satu bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Kanak-kanak tentu seronok melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.

1. Cara tiupan

Bahan-bahan:

Water colour/poster colour/pewarna makanan
Serbuk sabun utk dijadikan buih sabun + air secukupnya/syampu
Cawan Plastik
Penyedut minuman

Langkah-langkah/teknik:

1. Bancuh beberapa warna berasingan dalam bekas plastik. Campurkan buih sabun/syampu.
2. Tiupkan warna sehingga membentuk buih yang banyak.
3. Ambil buih dengan penyedut minuman dan tiup di atas kertas lukisan.
4. Ulangi proses ini dengan menggunakan warna-warna lain agar dapat menghasilkan corak yang lebih cantik.
































Contoh-contoh hasil yang lain:
























Di bawah ini adalah hasil yang saya buat sendiri:






















Sumber:
1. http://artsmarts4kids.blogspot.com/
2. Pengajaran Pendidikan Seni: mereka corak, Leela R.

3. http://www.julieabreau.com/
4. http://www.123child.com/

Saturday, April 11, 2009

Tema: Sayur-sayuran

Origami: Labu











































































































Sumber:http://artsmarts4kids.blogspot.com/

Tema: Sayur-sayuran

Pop-up Pumpkin Card






























Sumber: http://artsmarts4kids.blogspot.com/

Tema: Buah-buahan

Pantun buah-buahan:

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi dibawa mati.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sorong papan tarik papan,
Buah Keranji dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh membaca saya tahu.

Sorong papan tarik papan,
Buah Keranji dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya mahu.

Ambil buah pelam,
Simpan dalam raga;
Belajar dalam diam,
Ilmu simpan di dada.

Buah manggis buah duku,
Dalam raga di atas meja;
Adik suka membaca buku,
Kakak tolong emak kerja.

Sungguh banyak buah manggis,
Rasanya manis macam gula;
Rindukan emak adik menangis,
Sekejap lagi pulanglah dia.

Pokok mangga tidak berbuah,
Pokok ada di tepi kota;
Ibu bekerja menuai di sawah,
Mencari beras untuk kita.

Buah pisang masak di batang,
Manis rasa buah nangka;
Nampak luas sawah bendang,
Sawah padi negara kita.

Cadangan Aktiviti-aktiviti kumpulan:
1. Membuat rojak buah
2. Membuat jus buah-buahan - air limau, air epal, air tembikai, air, belimbing. dan
sebagainya.

Thursday, April 09, 2009

Pindaan Akta Pendidikan Lahirkan Guru Berijazah

KOTA KINABALU 25 Julai - Kesemua 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara akan mengeluarkan guru berijazah selepas pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, pindaan tersebut antara lain bertujuan menaik taraf dan memperkasa status IPG, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta kualiti pendidikan di negara ini.

Menurutnya, peningkatan keupayaan IPG itu juga sekali gus dapat mengurangkan beban yang kini dipikul oleh universiti tempatan untuk mengeluarkan guru berijazah.

"Ini adalah antara langkah kementerian dalam usaha kita mencapai kadar 100 peratus guru berijazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010.

"IPG selepas ini akan menjadi sebuah 'fakulti' terbesar dalam mengeluarkan guru berijazah dan para pensyarahnya pula terbuka luas untuk proses kenaikan pangkat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas Majlis Wacana Profesional Memartabat Profesion Perguruan di IPG Gaya di sini malam tadi.

Razali berkata, para pensyarah di IPG yang kebanyakannya pada kedudukan pangkat DG44 akan berpeluang naik sehingga DG54 iaitu sama taraf dengan jawatan seorang Profesor Madya dan Jusa C yang sama kedudukan dengan seorang Profesor di universiti.

"Sekarang ini telah ada laluan ke arah itu dan kita yakin status pensyarah di IPG akan turut mengalami perubahan melalui pindaan-pindaan yang dilakukan terhadap beberapa Seksyen di bawah Akta Pendidikan 1996," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online 26/7/2008

Beban Tugas Guru Prasekolah

Boleh baca di sini:





ATAU..... BOLEH JUGA DIMUAT TURUN PADA PAUTAN BERIKUT:

1. 2008: Surat Siaran Beban Tugas Guru Prasekolah



Tuesday, April 07, 2009

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplindi sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar”.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan
Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.

3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru
besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k

1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia