Followers

Wednesday, May 06, 2009

MESYUARAT PENARAFAN LIMA BINTANG JPN N.SEMBILAN


Tarikh : 5 Mei 2009
Masa : 2 Petang
Tempat : SK Jempul, Juaseh, N.Sembilan

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, En.Zulkafle Bin Tamam
( Pegawai Prasekolah PPD P.Dickson)

2. Ucapan alu-aluan Ketua Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran N. Sembilan, En. Sezali Bin Mohamad Kamal

3. Ucapan Pn. Maznah Ibrahim, Guru Prasekolah SK Tengkek, Batu Kikir, N.Sembilan.
Johan Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan ( Individu Prasekolah ) & Calon johan keseluruhan inovasi guru peringkat kebangsaan sempena Hari Guru 2009.

4. Perbentangan inovasi guru peringkat negeri

5. Program penarafan lima bintang

6. Hal-hal lain.

Habis mesyuarat, kepala pun dah mula rasa berat memikirkan macam-macam perkara yang perlu dibuat. Semua guru prasekolah yang mendapat penarafan 5 dan 4 bintang pada sesi pemantauan pada tahun 2008 diwajibkan menghantar bahan inovasi sebelum atau pada 31 Julai 2009...APO BONDO NAK DIBUEK NI?? PONING KOPALO SEE... Kalau tak hantar guru prasekolah akan diminta menghantar surat tunjuk sebab atas kegagalan guru-guru prasekolah berbuat demikian.... haiii.....

dan,

Ucapan Tahniah kepada Cikgu Maznah Binti Ibrahim dari SK Tengkek, Batu Kikir, N.Sembilan kerana telah menjadi Johan Guru Inovatif Kategori Individu Prasekolah Peringkat Kebangsaan sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009 dengan bahan inovasinya bertajuk Let's Count.

Berikut adalah keputusan rasmi penggredan kelas prasekolah Negeri Sembilan tahun 2008:

Program Penarafan Bintang Prasekolah JPNS













































































Tuesday, April 28, 2009

Tema: Sayur-sayuran

Cetakan daripada Bendi










Contoh-contoh hasil kerja murid:
























Inilah hasil kerja kanak-kanak. Menarik jugak...oppss, setiap hasil kerja seni adalah cantik..tak boleh kata tidak...

Friday, April 24, 2009

Tema: Sayur-sayuran

Kolaj Sayur-sayuran / Vegetables Collage




















Kolaj terung/brinjal collage : Kumpulan Awan




















Kolaj Labu/ pumpkin collage : Kumpulan Matahari




















Kolaj cili/ chili collage : Kumpulan Bulan




















Kolaj jagung / corn collage: Kumpulan Bintang




















Kolaj tomato / tomato collage: Kumpulan Hujan

Tema: Sayur-sayuran

Aktiviti Menanam Tauge

Pada minggu ini, saya mengadakan aktiviti menanam tauge. Kanak-kanak melakukan pemerhatian dan mencatat urutan tumbesaran tauge. Aktiviti ini bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Khamis. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna kanak-kanak asyik mengadap proses pembesaran tauge. Pada setiap pagi, kanak-kanak akan memerhati perubahan yang berlaku pada tauge yang telah ditanamnya. Kemudian, mereka mencatat nombor mengikut urutan pembesarannya.

Bahan-bahan

Kacang hijau,
bekas plastik lutcahaya,
kapas,
air.















Langkah-langkah Eksperimen:

1.





Masukkan kapas ke dalam bekas plastik lut cahaya. Labelkan bekas untuk setiap murid.







2.





Masukkan beberapa biji kacang hijau.








3.





Tuangkan air sehingga membasahi kapas.








4.





Hari Kedua








5.






Hari Keempat







Kanak-kanak bersama tauge masing-masing.




















M.Munir & Iddin Hazeemie





















Ajeem, Faris & Syahmi Nazim





















Nur Faris Mahathir


Carta Tumbesaran Tauge:








Kanak-kanak mencatat pemerhatian di dalam carta ini.

Tema: Sayur-sayuran