Aktiviti Menanam Tauge
Pada minggu ini, saya mengadakan aktiviti menanam tauge. Kanak-kanak melakukan pemerhatian dan mencatat urutan tumbesaran tauge. Aktiviti ini bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Khamis. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna kanak-kanak asyik mengadap proses pembesaran tauge. Pada setiap pagi, kanak-kanak akan memerhati perubahan yang berlaku pada tauge yang telah ditanamnya. Kemudian, mereka mencatat nombor mengikut urutan pembesarannya.
Bahan-bahanKacang hijau,
bekas plastik lutcahaya,
kapas,
air.
Langkah-langkah Eksperimen:1.

Masukkan kapas ke dalam bekas plastik lut cahaya. Labelkan bekas untuk setiap murid.
2.

Masukkan beberapa biji kacang hijau.
3.

Tuangkan air sehingga membasahi kapas.
4.

Hari Kedua
5.

Hari Keempat
Kanak-kanak bersama tauge masing-masing.

M.Munir & Iddin Hazeemie

Ajeem, Faris & Syahmi Nazim
Nur Faris Mahathir
Carta Tumbesaran Tauge:
Kanak-kanak mencatat pemerhatian di dalam carta ini.