Followers

Saturday, March 28, 2009

Pembantu Pengurusan Murid N17

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

A. Pengurusan Prasekolah

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.


PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1. Pembantu Pegurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-

Pengurusan Murid Prasekolah

4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi
mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan
kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima
untuk prasekolah.

4.1.2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka
dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya
bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid
berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.

4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan
seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum
dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran
di dalam kelas.

4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid
sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan
murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan
murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di
dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

14 comments:

  1. seronoknya kalau dapat jawatan ni.. minat sangat ngan budak-budak.. nak try apply jawatan ni.. harap2 dapat..

    ReplyDelete
  2. macam mana ye untuk memohon jawatan ini..mohon pertolongan kerana saya amat berminat dan sukakan kanak2~~

    ReplyDelete
  3. Have fun x keje ni? Coz dpt temuduga.

    ReplyDelete
  4. same wth me...dpt intview ths job..hope dpt la

    ReplyDelete
  5. memang best, saya adalah salah seorang PPM yang bertugas di pendalaman..

    ReplyDelete
  6. Sy ada pengalman sudah 5 thn bertugas sbg ppm..memang best kerja ni..walaubagaimana pun, kerja sbg ppm perlukan kesabaran, kelemah lembutan dan perlu bertolak ansur.komitment yg tinggi jg diperlukan...sbb kanak2 yg kita jaga tdk sama latar belakang keluarga, tahap kecekapan terima pelajaran jg tdk sama
    .so..kita la ibubapa murid2 selagi mrk dikelas prasrkolah....jadi..sesiapa yg berminat tu, sedia la emosi, pertuturan dn diri hadapi anak2 kecil ini..salam kedamaian.
    ..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply kerja ppm ni boleh pindah negeri lain ?

      Delete
  7. Sy ada pengalaman 3 thn bertugas sbg ppm prasekolah N17 tetapi sebagai pekerja khidmat singkat sahaja sehingga jawatan diisi oleh pegawai tetap,dalam 1 mingu 5 hari bekerja dan ikut gaji kadar upah rm11.36 sejam,tapi sy salah seorang yg tidak bernasib baik kerana jawatan sy diisi oleh pegawai tetap dan semua kawan-kawan sy yg lain pun sudah diserap ke jawatan yg tetap sedangkan sy tdk kerana guru besar di sekolah sy pentadbiran nya kurang dan jarang pergi ke pejabat,tetapi sy ada isi kekosongan jawatan pembantu pengurusan murid N17 kat suruhanjaya perkhidmatan peljaran dan sampai sekaran tak pernah di panggil utk sesi temuduga.sy minta tolong daripada pihak tuan harap dapat mempertimbangkan kalau ada kekosongan jawatan dpt di panggil utk sesi temuduga..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. ..salam...boleh bagi tips tak nak hadapi interview tuk PPM nie....

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah dpt tmduga 15/01/2013 @kk...tengah tgu jwpan harap2 dapat sbb dh 6thun isi jwtan ni...hehe...agak2 rpa lama kptusn tmduga kluar yek?...

    ReplyDelete
  10. tips masa temuduga....
    kena pandai kelentong & yakinkan penemuduga.... tips kerja pulak.... ikhlaslah selalu.... supaya x tension...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat tawaran da jawatan ni.. tapi masi dlm pertimbangan, rasa was2 plak..ada sesapa yg bekerja dlm jawatan ni ble ke bagitau apa2 elaun yg kita dapat...coz sara hidup skrg makin tinggi rasa sayang dgn kerja skrg plak...n kalau kita da terima tawaran ni kita ada peluang ke pindah ke jabatan lain o minta jawatan lain plak.. tq

    ReplyDelete
  12. Hope saya dpat keja ini .. Tpi mcam mane nk mnta

    ReplyDelete
  13. sy dpt tmdga ni bln dpan.. apa yg ptut sy th tntg ppm? apa yg dtnya nnti tmuduga.. mohon share ☺

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.