Followers

Tuesday, April 07, 2009

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplindi sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar”.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan
Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.

3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru
besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k

1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (5)
1 Ogos 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2002 :
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikanyang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa.

2. Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan
beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang
Lawatan Sekolah pada hari persekolahan.
2.1 Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali
dalam setahun.
2.2 Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturu-turut termasuk hari
perjalanan.
2.3 Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari
persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya
digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat
lawatan.
2.4 Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.
2.5 Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikatikan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.6 Lawatan Sekolah boleh dibuat ke tempat-tempat kategori berikut :-
2.6.1 Sains dan Teknologi/Alam sekitar
• Planetarium
• Muzium Sains
• Petrosains
• Cyberjaya
• Wetland di Paya Indah & Putrajaya
• FRIM
• Zoo
• Taman Pertanian
• Stesen Satelit
• Kilang Elektronik
• Kilang Kereta/Motosikal
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
• Kilang Makanan
• Pelabuhan dan Perkapalan
• Lapangan Terbang
2.6.2 Mercu Tanda
• Bangunan Parlimen
• Masjid Negara
• Putrajaya
• Tugu Negara
• Menara Petronas
• Menara Kuala Lumpur
• Dataran Merdeka
2.6.3 Galeri
• Memorial Tunku Abdul Rahman
• Memorial Tun Abdul Razak
• Galeri Perdana (Langkawi)
• Balai Seni Lukis Negara
2.6.4 Kesenian dan Kebudayaan
• Istana Budaya
• Dewan Filharmonik Petronas
• Pusat Kraftangan
• Kilang Batik dan Songket
2.6.5 Sejarah
• Muzium Sejarah
• Kesan-kesan Sejaran
• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara
• Tempat-tempat Bersejarah
dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat pengajaran dan
pembelajaran murid.
2.7 Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti
yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN
SEKOLAH).

3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (15)
3 Disember 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 15/2002 :
PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadikan kerajaan, bantuan kerajaan, bukan
kerajaan dan swasta mulai 1 Januari 2003.

2. Pemakaian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malysia terbitan Tahun 2002 hendaklah digunakan
bagi murid-murid berumur lima hingga enam tahun. Bagi murid-murid berumur empat
hingga lima tahun tadika bolehlah mengubahsuai Kurikulum tersebut selaras dengan
keupayaan dan kebolehan murid-murid.

3. Bahan Kurikulum
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasark dan menggunakan bahan-bahan yang
ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terbitan tahun 2002.

4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan adalah sekurang-kurangnya tiga (3) jam sehari pada setiap hari
persekolahan.
4.2 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris atau Bahasa
Cina atau Bahasa Tamil pengajaran Bahasa Kebangsaan hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
4.3 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Kebangsaan
pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua
(2) jam seminggu.
4.4 Sementara bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Cina atau
Bahasa Tamil, pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 1 jam seminggu.
4.5 Pengajaran Pendidikan Islam juga hendaklah diadakan bagi tadika yang
mempunyai lima (5) orang atau lebih murid beragama Islam dan pengajaran
Pendidikan Moral bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid
bukan beragama Islam sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.

5. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.

6. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah,
Guru Besar sekolah rendah serta semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, bukan kerajaan
dan swasta di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia