Followers

Wednesday, April 15, 2009

Tema: Buah-buahan

Membuat Puppet Buah-buahan ( fruit's puppet )

Langkah-langkah:

1. Guru sediakan gambar buah-buahan. Saiz gambar hendaklah dapat menutup wajah kanak-kanak.

2. Warnakan gambar mengikut warna buah-buahan sebenar.


































3. Setelah siap diwarnakan, knak-kanak menggunting gambar dan menampalkannya pada kertas keras. Lekatkan lidi/straw di bahagian belakang kad buah-buahan.

4. Kanak-kanak meletakkan puppet buah-buahan dan berimaginasi iaitu menjadikan diri mereka buah-buahan.

5. Kanak-kanak bercerita tentang diri masing-masing sebagai buah-buahan.
Contoh:
Saya buah oren
Nama saya Ren Ren
Badan saya berwarna jingga
Rasa saya sedap, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam.
Boleh beli saya di pasar malam, supermarket, dan kedai buah.
Siapa suka makan saya?

6. Aktiviti ini dapat menggalakkan perkembangan bahasa, kognitif, fizikal, sosioemosi dan
kreativiti kanak-kanak.

7. Kanak-kanak seronok menjalani aktiviti ini terutamanya semasa menjadi puppet
buah-buahan. Cubalah...























Cetakan dengan buah epal.


Bahan-bahan:
Kertas lukisan atau kertas warna,
Kertas berbentuk epal,
warna air/tempera/warna poster
berus lukisan,
palet,
surat khabar untuk alas tempat kerja,
bekas untuk isi air

Teknik:
1. Lukis bentuk epal pada kertas.
2. Minta kanak-kanak sapukan warna dengan berus lukisan pada kad berbentuk epal tadi.
3. Tekap bahagian yang telah disapu warna pada kertas lukisan.
4. Tekan dan gosokkan rata-rata.
5. Ulangi proses di atas.

* Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.

Contoh hasil:













Sumber gambar: ttp://www.geocities.com/theartkids/artlessons.html

Tema: Buah-buahan

Origami Epal



Origami Pisang


Origami Nanas