Followers

Saturday, October 26, 2013

MODEL-MODEL PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

  1. Program Head Start
  2. Model Portage
  3. Program Kanak-kanak Istimewa Prasekolah
  4. Kepelbagaian Budaya Abad ke-21

PROGRAM HEAD START


Pengenalan

Head Start merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang utama (Federal Programme) diperkenalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965. Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2003, Head start telah memberi perkhidmatan kepada 21 juta kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari aspek ekonomi. Pada awalnya ia merupakan program cuti musim panas dan akhirnya berkembang menjadi sebuah program yang komprehesif untuk kanak-kanak. Head start mendapat sokongan dan galakan dari yang kuat dari pembuat dasar di Amerika Syarikat. Menurut Zigler dan Muenchow 1992,Head Start dikenali sebagai “ the most important social and educational experiment of the second half of the twentieth century”.

Matlamat Porgram Head start.

Head Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Empat domain utama yang ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal.Head start cuba menghasilkan kanak-kanak yang berkembang secara menyeluruh. Di samping itu matlamat utama program Head Start ialah membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang dirasakan perlu. Beberapa perkara bagi tujuan penambahbaikan terhadap program ini telah dibuat seperti penggunaan standard prestasi yang bertujuan memastikan kanak-kanak mencapai standard minimum yang diharapkan iaitu menguasai fonem dalam bahasa, bahan bercetak,numerasi, komunikasi dengan baik, dapat menggunakan perbendaharaan kata dengan baik dan menguasai bahasa inggeris dengan baik bagi kanak-kanak yang menggunakannya sebagai bahasa kedua. Pada tahun 2000, Biro Head start telah memperkenalkan Child Outcome Framework yang mengandungi 8 domain utama, 27 domain elemen 100 indikator kemahiran, kemampuan, pengetahuan dan tingkahlaku untuk kanak-kanak berumur 3 – 5 tahun.

Organisasi dan skop semasa program Head Start

Pada tahun 2002 program Head Start telah memberi perkhidmatannya kepada 912,345 kanak-kanak dari 50 buah negeri termasuk daerah di Columbia,Puerto Rico dan Kepulauan Virgin.Terdapat sejulah 18,865 Pusat Head start dan sejumlah 49,800 buah kelas.Seramai 198,000 kakitangan dan 1.4 juta sukarelawan yang berkhidmat untuk program Head Start.
Majoriti kanak-kanak yang menerima perkhidmatan Head Start adalah yang berusia 4 tahun sebanyak 52% manakala 3 tahun adalah sebanyak 36%. Kebanyakan Head Start menawarkan perkhidmatan separuh hari persekolahan, tetapi ada ia sedang berkembang untuk menjadikan program satu hari penuh.Kebiasaannya lawatan ke rumah akan dibuat sebanyak 2 kali setahun bagi setiap kanak-kanak.

            Head Start secara amnya mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanak-kanak yang disarankan oleh Persatuan Pendidikan kanak-kanak kebangsaan (Bredekamp& Copple,1997).Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan kebolehan kanak-kanak dengan aktiviti yang diarah oleh guru sama ada dalam aktiviti kelas,kumpulan dan individu. Sosiemosi pula dibina dengan cara membina kepercayaan, sifat berdikari dan kawalan diri.Kanak-kanak juga akan melalui pengalaman eksperimen,inkuiri penemuan, pemerhatian, main dan eksplorasi. Kanak-kanak juga diberi peluang mengekspreskan diri secara kreatif melalui aktiviti seni,muzik dan dialog. Tujuan program Head start diadakan di bilik darjah adalah untuk memastikan masa yang mencukupi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,ruang pembelajaran yang baik,dan juga peralatan yang mencukupi manakala program di rumah bertujuan untuk ibubapa supaya menghargai nilai perkembangan fizikal dan memberi persekitaran yang selamat dan aktiviti main yang aktif.

            Secara amnya,kurikulum yang digunapakai oleh Head start adalah komprehensif dan mampu menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah kelak. Pada tahun 2002,Biro Head Start telah memperkenalkan Program Strategik Pendidikan untuk Guru (STEP) bertujuan untuk memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan bertujuan mengkoordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan swasta. Program lawatan ke rumah diadakan bertujuan membantu ibubapa. Di samping itu Head Start menyediakan beberapa kemudahan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti perkhidmatan klinik kesihatan, kesihatan mental,Nutrisi, perkhidmatan untuk kanak-kanak bekeperluan khas, perpustaakan,muzium dan perniagaan yang boleh membantu ekonomi keluarga.

Keberkesanan Program Head start.

            Sejak program Head start diperkenalkan pada tahun 1965, banyak kajian dan penyelidikan telah dilaksanakan oleh badan dan organisasi yang ingin melihat keberkesanan program tersebut. Kajian pertama telah dilaksanakan oleh Westinghouse Learning Corporation (1969). Pada tahun 1985 sebanyak 210 laporan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan mengenai Head Start mendapati peningkatan dan nilai tambah terhadap perkembangan kognitif, keupayaan, pencapaian motivasi, sikap menghargai diri, tingkahlaku sosial dan indikator berkaitan kesihatan. Disamping itu ia juga menunjukkan peningkatan terhadap peranan keibuan dan masyarakat. Walaubagaimanapun menurut Mckey,Condelli (1985) tiada bukti yang jelas menunjukkan ia adalah berpunca dari peranan program Head Start. Ini kerana daripada 210 laporan yang disintesis hanya 72 buah laporan yang menjelaskan tentang peningkatan kognitif manakala 17 laporan menjelaskan tentang perkembangan sosioemosi.

Masa Depan Head Start

Program Head Start menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dan bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga yang berpendapatan rendah mengikut peredaran zaman.Berdasarkan penubuhannya, soalan seringkali diajukan mengenai kualiti dan fokus program head Start terhadap persediaan kanak-kanak untuk ke sekolah. Presiden George W. Birch melancarkan perancangan semula Pelan Pendidikan yang menekankan keperluan menyediakan kanak-kanak kemahiran membaca dan Berjaya di sekolah melalui peningkatan program pendidikan awal kanak-kanak termasuk program Head Start. Dalam pelan tersebut beberapa strategi telah diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi program Head Start seperti  merangka Good Start, Grow Smart Initiative, termasuk sistem akuntabiliti untuk memastikan semua Head Start mecapai standard literasi awal, bahasa dan kemahiran numerasi. ( U.S department Of Health and Human Services, 2004). Selain itu pelan yang dilaksanakan termasuk program STEP yang bertujuan untuk menyelaraskan pendidikan awal kanak-kanak  dengan sekolah kerajaan agar mempunyai kesinambungan.
            
Selain itu Head Start perlu mengikuti perubahan keperluan keluarga yang berpendapatan rendah dan keluarga yang hidup dalam kemiskinan. Golongan tersebut memerlukan pusat asuhan untuk bayi dan kanak-kanak yang lengkap. Secara kesimpulannya, program Head Startr perlu mempertahan dan mengukuhkan peranannya sebagai  National Laboratory  untuk memperkembangkan model baru berkaitan program inovatif untuk kanak-kanak dan keluarga .Head Start juga harus memperkukuhkan kerjasama dengan institusi dan sumber-sumber lain dalam usaha kearah mencapai kejayaan. Washingston dan Oyemade 1995 menegaskan bahawa Head Start bukanlah “panacea for poverty” ataupun penawar kemiskinan. Untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan pencapaian dalam pembelajaran tidak hanya dengan meransang bilik darjah tetapi memerlukan sokongan dan hubungan antara kanak-kanak dan ibubapa dan sokongan masyarakat yang mengambil berat tentang keluarga dan persekitarannya.

Implikasi Pelaksanaan Program Head Start Di Malaysia

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu asuhan (0-4 tahun) dan pendidikan awal (4 -6 tahun) yang dikenali sebagai tadika dan prasekolah.Walau pelbagai nama diberikan terhadap pendidikan awal tersebut, namun matlamat dan fokus adalah sama iaitu menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. ( Laporan Education For All, MOE 2010). Persamaan yang dapat kita lihat ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Head Start kepada bayi dan juga kanak-kanak. Di Malaysia, PERMATA NEGARA merupakan sebuah program asuhan untuk bayi dan kanak-kanak berumur sehingga 4 tahun.Program PERMATA NEGARA merupakan satu usaha membekalkan pendidikan awal yang komprehensif yang diperkenalkan oleh Isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansur dan diletakkan di bawah seliaan jabatan Perdana Menteri. Sasaran utama program tersebut adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan asuhan yang berkualiti. PERMATA telah dilaksanakan pada tahun 2008 dan dianggarkan lebih kurang 27 pusat PERMATA negara beroperasi di Malaysia dan dalam usaha memperkembangkan ke semua TASKA yang beroperasi di Malaysia. 
   
            Pendidikan Prasekolah ataupun Tabika dan Tadika di Malaysia dilaksanakan oleh tiga kementerian yang utama iaitu kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah dan Jabatan Perpaduan Negara.Tadika swasta yang merupakan penyedia perkhidmatan yang pendidikan untuk kanak-kanak yang terawal di negara ini terletak dan tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran telah menghasilkan kurikulum yang komprehensif untuk kanak-kanak dan ia digunapakai oleh semua tadika yang beroperasi di negara ini. Seperti juga Head Start, peranan pembuat dasar adalah banyak di dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke – 10, Pelan Transformasi Kerajaan, NKRA dan NKEA di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun razak.

            Namun demikian perbezaan yang dapat dilihat ialah penglibatan ibu bapa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Program Head Start menekankan kesinambunangan pembelajaran di bilik darjah dan di rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan anak-anak mereka. Di awal Malaysia, penglibatan ibu bapa di peringkat awal pendidikan masih kurang dan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa masih perlu dipupuk.Ibu bapa agak kurang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Tanggungjawab sebahagian besarnya hanya diserahkan kepada guru untuk memperkembangkan potensi anak- anak mereka.

MODEL PORTAGE : INTERVENSI AWAL TERHADAP KANAK-KANAK DAN KELUARGA – AN INTERNATIONAL HOME APPROACH

Tiga dekad yang lalu menunjukkan peningkatan secara dramatik tentang program intervensi awal kanak-kanak dan sumber –sumber yang membantu kepada pencapaian usaha tersebut. Program intervensi awal ini merupakan mandat dari kerajaan Amerika Syarikat untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan. Program intervensi ini merupakan sebuah program yang sangat kompleks untuk dilaksanakan pada peringkat awal namun akhirnya ia menjadi sebuah pogram yang komprehensif untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan. Sistem ini terletak dibawah Akta Pendidikan Kurang Upaya,pindaan 1997. Di dalam program intervensi ini, peraturan telah ditetapkan bahawa ibubapa mesti terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksana terhadap kanak-kanak. Menurut program intervensi, persekitaran pembelajaran yang bermakna adalah di rumah dan Childcare setting. Terdapat dua prinsip dalam pendidikan intervensi untuk kanak-kanak yang lambat dan perlahan dalam perkembangan kognitif ialah masa dan penekanan.
           
Rasional penglibatan Ibu bapa

Model Portage telah diperkenalkan pada tahun1969 dan menekankan kepada kepentingan peranan ibubapa dan memberi peluang kepada ibubapa sebagai interventionist dan bekerjasama dengan guru. Dalam model intervensi Portage, penglibatan ibu bapa adalah sangat penting. Pertama, ibu bapa merupakan pengguna, oleh itu mereka perlu tahu apa yang anak mereka belajar dan mereka perlu bersuara untuk menyatakan sesuatu berkaitan pembelajaran anak mereka.Ibubapa mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan penggubalan sesebuah dasar. Ibubapa berperanan sebagai advokasi untuk membentuk dan mengubah sesuatu dasar.Selain itu, sokongan ibubapa dan kelauarga adalah bersifat dinamik dan ia mmapu menguatkan integriti sesebuah keluarga. Ibubapa juga mempunyai masa yang mencukupi untuk mebangunkan potensi anak-anak mereka.Di samping itu juga, pembelajaran akan berlanjutan hingga ke rumah, oleh itu pengajaran akan disambung oleh ibubapa di rumah. Ini menunjukkan peranan ibubapa meneruskan pengajaran di rumah.Apa yang paling utama ialah penglibatan ibubapa sangat berkait rapat dengan perkembangan kognitif anak –anak mereka.

            Seperti yang dinyatakan pada awal, iaitu rumah sebagai persekitaran yang baik untuk program intervensi, model Portage menyatakan beberapa rasional yang menjelaskan perkara tersebut. Pertama ialah,rumah akan menwujudkan persekitaran pembelajaran semulajadi yang dekat dengan kanak-kanak. Mereka akan berasa lebih selesa dan selamat dengan persekitaran rumah masing-masing. Setiap keluarga mempunyai budaya,gaya hidup yang berbeza. Oleh itu ia berkait dengan perancangan kurikulum, dan keluarga menentukan apa yang anak patut diajar.Keluarga dilihat sebagai agen kepada penguat tingkahlaku kanak-kanak. Dalam model ini juga, ia akan melibatkan seluruh ahli keluarga dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu rasional penglibatan ibubapa adalah untuk memberi kemahiran kepada mereka untuk menguruskan anak-anak tersebut. Selain itu, permbelajaan di rumah akan memudahkan kerana apa yang berlaku ialah nisbah 1:1 diantara guru dan kanak-kanak.

Terdapat 3 prinsip utama di dalam model portage iaitu penglibatan ibubapa, pelaksanaan program di rumah dan kaedah pengajaran yang betul dan sesuai.

Prosedur Pentaksiran.

Menurut model Portage, pentaksiran untuk kanak-kanak yang mengikuti program intervensi berlaku dalam empat bentuk. Pentaksiran adalah sistematik dan sesuatu yang kompleks untuk dilaskanakan.Bentuk yang pertama adalah secara formal iaitu seragam,yang kedua ialah tidak formal secara pemerhatian, ketiga pentaksiran berasaskan kurikulum (senarai semak portage) dan bentuk terakhir ialah pentaksiran berterusan.Melalui  prossedur pentaksiran ia akan menentukan bagaimana kurikulum untuk seseorang kanak-kanak iti dibina.

        Menurut Portage kaedah pengajaran yang betul adalah seperti berikut iaitu menentukan matlamat tingkahlaku spesifik yang ingin diajar kepada kanak-kanak tersebut. Kemudian menganalisis kemahiran yang kompleks kepada yang lebih kecil. Sebagai contoh tajuk yang besar diberikan sub tajuk agar mudah difahami oleh kanak-kanak. Seterusnya ialah kaedah pengajaran secara langsung kepada kanak-kanak. Tujuan penilaian berterusan adalah untuk melihat perkembangan dan menilai intervensi.


Proses pengajaran di rumah dilaksanakan seperti berikut :
  1. Pelawat masuk dan melihat aktiviti sebelumnya.
  2. Berbincang dan menentukan apa yang akan diajar minggu seterusnya.
  3. Ibubapa melihat semula kaedah pengajaran yang akan diteruskan
  4. Perbincangan masalah dan tugas seterusnya diberi oleh ibubapa
Pengumpulan data dan akauntabiliti 

Menurut Portage, penilaian adalah bersifat berterusan. Carta aktivti yang ditinggalkan di rumah akan dikutip pada setiap minggu ketika sesi lawatan ke rumah. Pengajar yang hadir akan melihat aktiviti lepas samaada mencapai apa yang dihasratkan atau sebaliknya.Setiap kanak-kanak akan dibekalkan dengan buku log yang menyatakan rekod berterusan, masa,peratus kejayaan ibubapa,kanak-kanak dan pengajar dalam melaksana aktiviti.Terdapat tiga perkara penting yang berlaku apabila lawatan ke rumah dilakukan iaitu, intervensi secara langsung, interaksi tidak formal dan main serta sokongan keluarga.

            Dalam aktiviti secara langsung, ia memerlukan penglibatan Ibubapa , guru pelawat     dan kanak-kanak. Aktiviti yang  berlangsung ialah merancang aktiviti menetapkan kemahiran yang ingin dicapai, melihat semula aktiviti lepas, melakukan demonstrasi, latihan dan juga perbincangan.Aktiviti ini berlangsung selama 25 hinga 35 minit. Aktiviti informal pula, melibatkan ibubapa, kanak-kanak, adik beradik dan juga guru pelawat. Aktiviti yang dilaksanakan ialah meransang ekspresi kreatif,pengajaran spontan melalui aktiviti seni, muzik, nature walk dan rutin seperti makan dan mandi.Ia berlangsung selama 30 hingga 40 minit. Dalam aktiviti ibu bapa dan kanak-kanak pula apa yang dilaksanakan ialah merancang aktiviti akan datang, berkongsi maklumat dan berbincang strategi pada masa akan datang. Penyebaran menjadikan model portage terkenal .Panduan kurikulum telah diterjemah dalam 35 bahasa dan digunakan oleh 90 buah negara.

Cabaran Dan masa Depan Portage

Sebagai model berusia 36 tahun, portage perlu mengikut perkembangan dunia yang canggih dan berteknologi. Perlindungan kepada kanak-kanak mempunyai masalah mental retardation dan poor intellectual development kepada keluarga yang tidak menyediakan pendidikan awal anak mereka. Kesimpulannya menurut model portage, kejayaan home based mestillah kerjasama diantara guru dan Ibubapa.Ibubapa boleh mengajar dengan baik sekiranya diberi panduan dan garis panduan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Menurut Portage lagi dengan menggunakan pendekatan yang betul dan sesuai perkembangan kanak-kanak boleh berkembang dengan baik dan tanpa penglibatan ibubapa perkembangan kanak-kanak tidak akan  berlaku dengan baik.Disamping itu perbezaan budaya dan cara hidup akan menentukan kurikulum yang akan dibina dan dilaksanakan oleh seseorang kanak-kanak. Apa yang ditekankan oleh Portage ialah pembelajaran berlaku dalam persekitaran semulajadi kanak-kanak tersebut.

Aplikasi Model Portage di Malaysia

Kita sedia maklum bahawa, program intervensi adalah satu program yang direka khas untuk membantu mengatasi masalah pembelajaran terhadap murid-murid yang lemah dan kurang bernasib baik. Di Malaysia program intervensi awal telah diperkenalkan dalam merealisasikan usaha matlamat pendidikan untuk semua. Salah satu contoh ialah program intervensi matematik yang berasakan konsep Recognition and Response yang diperkenalkan oleh Emily Hall Tremaine Foundation yang dapat membantu ibu bapa mengenap pasti tanda –tanda awal kekurangan kanak-kanak.

            Usaha yang murni ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selaku peneraju pendidikan negara dengan kerjasama kementerian-kementerian lain yang bertanggungjawab terhadap isu ini. Sebagai contoh, jabatan kebajikan masyarakat mempunyai kelas intervensi awal yang dikenali sebagai Pemulihan Dalam Komuniti PDK yang diuruskan sendiri oleh Jabatan tersebut dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. (Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas). Selain itu pihak pihak swasta dan NGO juga menjalankan program intervensi awal bagi membantu dan merealisasikan matlamat negara.Sehingga kini terdapat 10 buah pusat pendidikan khas swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. ( Bahagian Pendidikan Swasta, KPM ). Namun apa yang boleh ditambah baik ialah penglibatan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab ini dan tidak hanya diserahkan kepada sekolah atau pusat-pusat untuk melaksanakan seperti mana yang dilaksanakan oleh model Portage.

BAB 5: MODEL PRASEKOLAH (Program untuk kanak-kanak Istimewa)
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah. Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an dikalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1  menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas.


1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
1931
Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 
1963
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu
1978
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran
1979
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
1988
Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995
Program  Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan







Program ini telah bermula di luar Negara 30 tahun di Jowonio, Syracuse New York (1969). Pelbagai Akta telah digubal untuk memastikan kanak-kanak istimewa di sana. Akta yang terpenting ialah “ Individuals with Disabilities Education Act”. Individu yang tergolong dalam golongan istimewa ini berumur dari 3 – 21 tahun. Di dalamnya terkandung semua murid mesti ke sekolah, kanak-kanak istimewa juga perlu pelajaran untuk kehidupan mereka, pelajaran mesti adil untuk kekurangan mereka, mereka mesti belajar bersama-sama kanak-kanak normal dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk memberikan pelajaran kepada mereka.
Jowonio yang telah melaksanakan program ini mempunyai falsafah dan ia telah menjadi panduan untuk melihat kanak-kanak yang kekurangan upaya mampu untuk mengikuti program tersebut. Falsafah mereka terdiri daripada semua kanak-kanak  boleh belajar sekiranya mereka boleh berkembang jika orang dewasa membantu mereka. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk bersama dan sepatutnya tiada diskriminasi untuk semua walaupun manusia istimewa.
Melaluinya juga mereka telah menggariskan dan memperkenalkan belajar melalui perhubungan mempunyai 4 matlamat (bermain) iaitu menggalakkan perhatian & perhubungan, bersama dalam dua hala komunikasi, meluahkan melalui perkataan & permainan, menyatukan persamaan yg logik dan mereka banyak belajar melalui guru & rakan.
Kurikulum yang digubal juga mengikut  umur kanak-kanak supaya tidak akan membebankan kanak-kanak ini dalam mencari pengetahuan. Kelas komunikasi juga telah diwujudkan bagi membantu kanak-kanak supaya tidak malu untuk berkomunikasi sesame mereka dan guru. Guru dan ibu bapa bersama-sama membantu dan empat kepentingan telah digariskan sekiranya mereka bekerjasama iaitu mengetahui perkembangan kanak-kanak melalui ibu bapa, memberi galakkan dalam tanggungjawab, memberi sumber dan memberi panduan kepada ibu bapa & kanak-kanak dalam menghadapi masa akan dating. Skil berkumpulan juga diperkenalkan supaya kanak-kanak ini mampu untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan.
Masalah yang timbul semasa program ini ialah masalh komunikasi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menanganinya seperti kelas komunikasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa, program yang positif di mana kanak-kanak diberikan pujian dan semangat dalam membentuk sikap positif bagi mencapai matlamat keserasian dalam perhubungan antara murid dan guru, murid dan murid, murid dan ibu bapa dan ibu bapa dengan guru.
Selain itu, guru-guru akan menggunakan pendekatan biasa yang digunakan di rumah supaya kanak-kanak tidak merasa terasing bila berada di sekolah. Suasana seperti di rumah mampu member kanak-kanak ketenangan dan tidak merasa kekok. Kekerasan tidak dibenarkan dalam program ini kerana di khuatiri mampu member kesan yang negative terhadap jiwa dan kelakuan mereka. Kelas Inklusif telah diperkenalkan supaya kanak-kanak ini akan bersama-sama rakan normal dalam menjalankan aktiviti. Penyelesaian masalah yang diberi diharap memberikan mereka kebebasan untuk berfikir serta mapu untuk menyelesaikan dalam kehidupan harian dan penyediaan program untuk individu bagi kanak-kanak yang tidak mampu dan mempunyai masalah yang serius sama ada fizikal dan mental.
Pelbagai strategi dirangka bagi melihat kanak-kank ini dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal seperti jadual yang fleksibel bermaksud jadual yang dibuat tidak menekan kanak-kanak dari segi pelajaran dan sikap. Mereka diberikan kebebasan masa untuk meyelesaikan aktiviti. Selain itu, kumpulan yang fleksibel di atur bagi kanak-kanak ini dalam melakukan aktiviti yang diberi bagi melihat mereka mampu berinteraksi sesama mereka.
Diadaptasikan dengan kurikulum yang telah digubal mampu melahirkan kanak-kanak yang berdikari . Kurikulum ini mengandungi penggunakan material yang telah disediakan oleh guru. Peraturan telah diberi taklimat kepada murid supaya mereka tahu kekangan yang tidak boleh mereka lakukan serta guru bertanggungjawab untuk member sokongan kepada mereka dalam melaksanakan aktiviti yang telah diberikan.


BAB 6: RANGKA KERJA UNTUK KEPELBAGAIAN BUDAYA ABAD 21
            Rangka kerja untuk kepelbagaian budaya abad 21 telah membincangkan tentang kepelbagaian kaum, budaya, agama, taraf hidup, cara hidup & sejarah dalam kehidupan manusia. Sejarah penjajahan telah merubah banyak budaya di dunia melalui penjajahan, penaklukan, perang dan sebagainya. Ini memberikan kesan kepada sesuatu bangsa dan Negara kerana berlaku banyak kekangan kepada semua dalam mencari identiti sendiri. Ini juga berlaku dengan sistem pendidikan dan sekaligus memberi impak kepada sekolah di mana sekolah menghadapi masalah yang sama dalam mengawal kepelbagaian budaya.
         Oleh itu pelbagai cara telah dikaji dan dijalankan bagi memastikan kepelbagaian ini tidak mendatangkan kemudaratan dalam sisitem pendidikan suatu negara itu. Kepelbagaian ini telah cuba diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk memberikan mereka peluang menyatukan kepelbagaian ini dalam memcapai keserasian. Kita akan melihat bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan kepelbagaian ini.
            Kanak-kanak berinteraksi dengan bangsa bermaksud mereka dapat membezakan warna kulit seawal umur 3 & 4 tahun. Diskriminasi kaum tidak akan berlaku juka guru mampu memberikan tanggapan yang positif kepada kanak-kanak terhadap lain bangsa. Ini memberi kesan kepada sikap dan perkembangan seseorang kanak-kanak itu. Di harap percampuran di prasekolah dapat merubah persepsi ini dan memberikan peluang kepada kanak-kanak yang baru mengenal dunia mengikis semangat pentingkan diri dan berbangga dengan bangsa sendiri tanpa memikirkan hak orang lain.
            Interaksi dengan perbezaaan sosio-ekonomi ini adalah kanak-kanak tidak dapat membezakan status sosio-ekonomi semasa berada di sekolah kerana mereka tidak mengenal kanak-kanak yang lain tetapi perbezaan ini boleh dilihat dari persekitaran harian seperti semasa menunggu ketibaan ibu bapa semasa menjemput balik. Pada usia 6 tahun kanak-kanak membentuk sikap kesamaan taraf dan perasaan rendah diri serta mereka juga akan cepat merasa kekurangan melalui banyak perkara seperti kekurangan diri dan keluarga di rumah.
            Mereka juga berinteraksi dengan budaya kerana melalui budaya kanak-kanak akan merasa kepunyaan, apa yang betul dan salah, makan , minum & sebagainya. Semua ini mereka pelajari dari pemerhatian dalam kehidupan seharian mereka sama ada di rumah dan sekeliling komuniti. Budaya ini dapat membantu perkembangan diri melalui pemerhatian sekeliling dan mematangkan diri kanak-kanak tersebut. Melalui budaya mereka akan belajar tentang bahasa, cara berinteraksi dan sebagainya.
            Seawal dari kecil kanak-kanak akan berinteraksi dengan perbezaan gender kerana meraka dapat membezakan gender seperti lelaki dan perempuan. Perbezaan ini juga dapat di lihat melalui cara pemakaian, fizikal dan mereka boleh melihat larangan dan batasan terhadap gender seperti penggunaan tandas yag berlainan. Kelakuan mereka juga membezakan sikap kanak-kanak kerana lelaki lebih lasak berbanding perempuan.
            Interaksi kanak-kanak dengan seksual pula bermaksud kebanyakkan kanak-kanak akan melihat keperluan ibu dan bapa sebagai pelengkap sesebuah keluarga. Namun masa kini, kecelaruan akan berlaku jika berlaku sebaliknya seperti dipelihara oleh golongan homoseksual dan lesbian. Mereka lebih mudah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan keluarga seperti drama, permainan sembunyi dan cari dan sebagainya.
            Kanak-kanak juga akan berinteraksi dengan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan kanak-kanak yang tipikal. Kanak-kanak boleh melihat dan memahami kekurangan fizikal melalui pemerhatian kerana akan membuat perbandingan dengan diri mereka sendiri. Kanak-kanak yang sempurna dikatakan bersikap bias dengan kanak-kanak yang kekurangan sifat oleh kerana kesemprnaan yang mereka ada. Kebanyakan kanak-kanak cacat yang memasuki kelas yang biasa akan disisihkan kerana kecacatan itu  tetapi diharapkan elalui pendidikan akan membantu mereka menjalani kehidupan seharian tanpa diskriminasi dari kawan-kawan yang lain.
            Pelbagai cara telah dijalankan untuk mengatasi masalah yang timbul dari kepelbagaian ini seperti yang pertama menggelakkan kekeliruan atau bias dalam kepelbagaian budaya di mana setiap guru mesti menyiapkan diri dengan semua aspek untuk memenuhi keperluan kanak-kanak, kepercayaan keluarga dan agenda masyarakat. Guru adalah makanisma yang sangat penting menyampaikan matlamat dan panduan dalam mencapai kesejahteraan dan kerjasama sesame manusia yang berbilang bangsa.
            Kedua, guru perlu merancang pelan dan aktiviti yang ingin mereka laksanakan. Guru menyediakan keperluan kelas dengan baik dan kktiviti yang dirancang perlu diselitkan dengan antibias dan penerapan ini mampu untuk kanak-kanak serap dalam minda dan amalan seharian mereka. Di akhir pengajaran, guru memikirkan objektif yang akan dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran setiap hari.
            Ketiga, kerjasama di antara semua pihak adalah penting supaya semua pihak mampu menjadikan masalah ini mempunyai penyelesaian. Kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam merealisasikan antibias ini. Guru juga perlu mengadakan pembincangan dengan masyarakat untuk merancang aktiviti diperingkat masyarakat supaya semua pihak mampu mengubah persepsi masing-masing dalam kepelbagaian ini. Akhirnya, adalah membentuk jaringan dengan semua pihak lain yang terlibat. Perbincangan ini diharapkan mampu memastikan antibias ini tidak akan berlaku kerana idea-idea akan diberikan semasa perjumpaan ahli-ahli. Jaringan yang telah dibina moga membantu kanak-kanak tidak memandanga sesuatu perbezaan dan kekurangan adalah masalah kepada mereka tetapi mereka patut menolong dan membantu insane-insan yang memerlukan.
            Rumusan yang boleh dibuat dari bab ini ialah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk pendidikan yang terbaik untuk mengelakkan bias / diskriminasi terhadap kepelbagaian ini. Kita mesti bersungguh-sungguh dalam menangani masalah ini dan terserah kepada kita bagaimana membentuk kanak-kanak yang dapt melihat kepelbagaian budaya ini sesuatu yang baik dalam perkembangan mereka. Semoga kita dapat menerapkan istilah kesamarataan pendidikan kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman.

Sumber:Tajul Effandy Hassan & Amrizal Amsah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012.


RUJUKAN
Head Start Impact Study Technical Report, January 2010, U.S Department Of Health and Human Services. ( sumber internet ).
Jaipaul L. Roopnarine , James E. Johnson - Approaches To Early Childhood Education, Fourth Edition, 2005, Upper Saddie River New Jersey Columbus, Ohio.
Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA, Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak Negara ( NCRDC) UPSI, Cetakan Pertama Januari 2010.
Pelaksanaan Program Intervensi Awal di Malaysia, Laporan Bahagian Pendidikan Swasta,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Report to Congressional Requesters – Head Start, Further Development Could Allows Results Of New test to Be Used For Decision Making. United State Government Accountability Office, May 2005.

1 comment:

  1. Hello Sis..
    Boleh tolong?

    Tentang soalan ini..


    Anda diminta menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian mengikut format yang telah ditetapkan bagi salah satu mata pelajaran elektif anda.

    Berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian Anda, tulis satu laporan dengan membincangkan tiga teori pembelajaran yang telah anda aplikasikan dalam penyediaan Rancangan Pelajaran Harian yang berkenaan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.