Followers

Tuesday, April 07, 2009

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (15)
3 Disember 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 15/2002 :
PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadikan kerajaan, bantuan kerajaan, bukan
kerajaan dan swasta mulai 1 Januari 2003.

2. Pemakaian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malysia terbitan Tahun 2002 hendaklah digunakan
bagi murid-murid berumur lima hingga enam tahun. Bagi murid-murid berumur empat
hingga lima tahun tadika bolehlah mengubahsuai Kurikulum tersebut selaras dengan
keupayaan dan kebolehan murid-murid.

3. Bahan Kurikulum
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasark dan menggunakan bahan-bahan yang
ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terbitan tahun 2002.

4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan adalah sekurang-kurangnya tiga (3) jam sehari pada setiap hari
persekolahan.
4.2 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris atau Bahasa
Cina atau Bahasa Tamil pengajaran Bahasa Kebangsaan hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
4.3 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Kebangsaan
pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua
(2) jam seminggu.
4.4 Sementara bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Cina atau
Bahasa Tamil, pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 1 jam seminggu.
4.5 Pengajaran Pendidikan Islam juga hendaklah diadakan bagi tadika yang
mempunyai lima (5) orang atau lebih murid beragama Islam dan pengajaran
Pendidikan Moral bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid
bukan beragama Islam sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.

5. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.

6. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah,
Guru Besar sekolah rendah serta semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, bukan kerajaan
dan swasta di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.