Saya Suka Blog ini

Thursday, November 12, 2009

PERASAAN TAKUT DI KALANGAN KANAK-KANAK

Perasaan takut memang sering menyelubungi kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang takut pada binatang-binatang seperti ular, tikus, anjing dan lipas. Ada pula yang takut pada air, keadaan gelap atau berada didalam ruang yang kecil dan sempit seperti lif. Sesetengah bayi pula mudah beresa takut pada orang berjanggut, bercermin mata, bertopeng atau yang bersuara garang dan lantang.

Objek atau keadaan yang ditakuti oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Kanak-kanak yang berusia satu hingga dua tahun sering berasa takut pada suasana gelap, bunyi mercun, bunyi guruh yang kuat atau binatang seperti semut, lipas dan anjing Kanak-kanak yang berusia empat tahun keatas pula mungkin sering dilanda perasaan bimbang apabila memikirkan soal kematian dan penyakit yang mungkin menimpa ibu bapa mereka. Perasaan takut boleh menguasai fikiran anak akibat daripada beberapa perkara. Ibu bapa sendiri mungkin secara tidak sengaja menimbulkan rasa takut dalam diri sianak apabila mereka mempamerkan perasaan takut mereka terhadap sesuatu benda itu dihadapan anak mereka.

Bayangkan satu keadaan dimana seorang anak sedang bermain seorang diri dihalaman rumahnya. Tiba-tiba seekor anjing menerpa kearahnya dan menyalak-nyalak. Dia sudah pasti akan menangis ketakutan. Peristiwa ini mungkin akan sukar dilupakan dan perasaan takut terhadap anjing akan terbawa-bawa sehingga dewasa.

Bayi juga mempunyai perasaan takut. Saya pernah melihat karenah seorang kanak-kanak kecil yang telah diberi suntikan pelalian. Pengalaman yang'menyakitkan' ini kekal dalam ingatannya. Walaupun dia telah sembuh, perasaan takut terhadap doktor masih wujud. Apabila dia dibawa kehospital untuk dirawat, dia mungkin akan terinagt-ingat peristiwa ini sehingga setiap kali dibawa masuk kedalam bilik doktor, dia akan meraung ketakutan.

Memang menjadi suatu perkara yang lazim kanak-kanak berusia dua tahun keatas tidak mahu tidur seorang diri kerana takut. Seorang ibu yang datang kelinik saya menceritakan karenah anaknya yang tidak mahu tidur seorang diri dalam biliknya kecuali jika ditemani. Alasannya: dia takutkan hantu! Apabila ibunya memberitahu bahawa hantu tidak wujud, dia akanberkeras mengatakan bahawa hantu memang ada didalam almari atau dibawah kati biliknya. Seterusnya, dia akan mengatakan yang hantu itu akan menjelma apabila ibunya tiada bersama-samanya. Berbagai-bagai alasan yang diberikan agar ibunya tidur bersama-samanya. Perasaan takut memang lazim terdapat dikalangan kanak-kanak dan tidak perlu dikhuatirkan sangat kerana ia akan hilang secara beransur-ansur.

Tetapi, ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut tidak seharusnya pula menakut-nakutkan sianak dengan kisah-kisah hantu atau sebarang cerita yang boleh menimbulkan rasa takut sianak. Apa yang sering berlaku ialah ibu atau bapa cuba memaksa anak mematuhi sesuatu perintah dengan cara menakut-nakutkan anak itu. Contohnya, 'Jangan masuk kedalam bilik itu, ada hantu". Maka, tidak hairanlah jika perasaan takut ini akan terus bersarang dalam jiwa kanak-kanak itu apabila dia sering diingat-ingatkan tentang hantu dan benda-benda yang menakutkannya.

Saya sering juga bertemu kanak-kanak yang serta-merta menangis ketakutan apabila dibawa masuk kedalam bilik saya untuk diperiksa. Ini mungkin ada kaitannya dengan pengalaman yang menyakitkan yanag pernah dialaminya sewaktu menjalani pemeriksaan-pemeriksaan sebelum ini seperti suntikan, ujian darah , prosedur lumbar punture dan sebagainya. Kanak-kanak perlulah sentiasa ditemani oleh ibu bapanya apabila menjalani pemeriksaan doktor kerana persekitaran dihospital merupakan suasana asing baginya dan dia mudah beras cemas. Ibu bapa adalah pelindung anak. Hospital kanak-kanak yang dibangunkan pada masa kini memang direkabentuk bagi memuatkan tempat tidur dan ruang rehat untuk ibu bapa.

Kanak-kanak yang takutkan doktor perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri. Doktor kanak-kanak yang berpengalaman biasanya akan tahu bagaimana memujuk dan mendapatkan kemesraan kanak-kanak sebelum melakukan prosedur-prosedur atau pemeriksaan-pemeriksaan yang mungkin boleh menimbulkan perasaan takut dalam dirinya.

Berbagai-bagai kaedah digunakan untuk mengatasi masalah takut dikalangan kanak-kanak. Saya teringat seorang kanak-kanak yang takut dengan alat penyedut sampah (vacuum cleaner). Sibu sangat suka melihat anaknya menangis sambil berlari ketakutan mendapatkannya setiap kali dia mendengar bunyi penyedut itu. Akibatnya, sianak berasa cemas setiap kali berhadapan dengan sebarang jenis alat penyedut, sama ada dirumah atau dikedai-kedai sehingga merunsingkan ibunya pula. Untuk menghilangkan perasaan takut sianak terhadap alat itu, pada peringkat wal, dia dibenarkan bermain-main dengan beberapa bahagian alat itu.

Setelah selesai bermain dengan kesemua bahagian alat itu, dia kemudiannya dibenarkan memicit butang suis tanpa menyambungkan alat itu pada bekalan elektrik. Akhirnya, suis elektrik itu dipasang dan sianak dibenarkan memetik butang yang boleh menggerakkan alat penyedut sampah tersebut. Dengan memetik suis itu, dia mula yakin yang dia boleh mengawal apat penyedut sampah. Akhirnya, perasaan takut terhadap alat itu akan beransur-ansur hilang.

Seorang kanak-kanak yang berusia 21/2 tahun yang takutkan suasana gelap boleh dibiarkan bermain-main dengan suis lampu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan terang dan gelap. Jika ada lampu meja disisi katilnya, dia boleh digalakkan menutup suis lampu sendiri sebelum tidur. Mungkin beberapa hari sebelum itu dia dibenarkan tidur dengan lampu terpasang. Dia akan diberikan pujian dan galakan apabila dia sudah boleh tidur dala biliknya tanpa lampu terpasang. Perasaan takutnya terhadap suasana gelap akan hilang secara beransur-ansur.

Ada seorang bayi berusia 11/2 tahun yang dikatakan sangat takut pada bunti guruh. Setiap kali terdengar bunti guruh, dia tidak berhenti-henti menangis tersak-esak. Setiap kali turun hujan yang disertai ribut petir, dia akan menangis berpanjangan sehingga tertidur. Satu cara yang disankan untuk mengurang perasaan takut bayi itu terhadap bunyi guruh ialah dengan memainkan pita rakaman bunyi guruh dihadapannya sewaktu cuaca terang-benderang.

Pada mulannya, bayi itu menangis bila mendengar bunyi guruh pada pita rakaman itu tetapi lama-kelamaan dia akan dapat menyesuaikan dirinya dengan bunyi tersebut walaupun apabila bunyi dikuatkan. Dengan cara ini, lama-kelamaan bayi akan tetap tenang walaupun hujab turun disertai petir berdentum.

Teringat saya pada seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dibawa berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja ternampak anak patung besar didalam bilik saya, dia tiba-tiba menjerit ketakutan. Siibu menyatakan bahawa anaknya amat takut pada anak-anak patung yang besar. Itulah sebabnya dia tidak menyimpan anak patung dirumah. Abapila diselidik lebih lanjut, barulah saya faham punca yang menyebabkan sianak berasa takut.

Sewaktu dia kecil lagi, abangnya sering mengacu-acukan anak patung besar dihadapannya sambil menakut-natukannya. Dia kerap menangis teresak-esak berpanjangan. Satu program 'desensitisasi' telah dicadangkan. Sebuah anak patung yang kecil diberikan padanya untuk bermain-main. Apabila telah berasa selesa, dia diberikan patung yang lebih besar sedikit saiznya. Proses ini akan berterusan dan dengan cara ini perasaan takutnya terhadap anak patung yang besar akan hilang.

Program seperti ini pernah dijalankan ke atas seorang kanak -kanak yang takut pada kucing dan hasilnya amat berkesan sekali. Pada peringkat awal , dia diberi peluang untuk melihat dari jauh anak kucing dalam sangkar sambil diberitahu bahawa anak kucing itu amat takut kepadanya. Dia digalakkan untuk memikir tentang cara yang baik untuk menolong anak kucing yang 'ketakutan ' itu. Dia menyatakan bahawa dia mesti berjalan perlahan -lahan sambil menghampiri sangkar itu dan mencangkung serta bercakap -cakap dengan suara yang perlahan supaya tidak menakutkan kucing itu.

Apabila dia sudah berasa selesa melihat anak kucing itu , dia disuruh menggambarkan dalam fikiran yang dia sedang menepuk -nepuk badan anak kucing itu. Dengan persetujuannya , anak kucing itu dikeluarkan dari sangkar terssebut dan dia dibenarkan megurut -ngurut dan menepuk -nepuk badan binatang itu. Dengan cara ini , dia dapat bermesra dengan anak kucing itu sambil menghilangkan perasaan takutnya terhadap binatang berkenaan.

Perasaan takut di kalangan kanak -kanak kecil biasanya akan hilang apabila mereka meningkat dewasa dan ibu bapa tidak perlulah berasa terlalu rungsing terhadap perkara ini. Mereka perlu faham bagaimana perasaan takut boleh wujud di kalangan kanak -kanak dan mengambil langkah -langkah yang berkesan untuk mengurangkan dan menghilangkan perasaan takut tersebut.

Kanak -kanak yang berusia empat tahun ke atas lebih matang fikirannya. Berbagai -bagai cerita yang boleh direka nya. Kadangkala , cerita -ceritanya boleh mendatangkan perasaan takut pada dirinya sendiri. Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia 5 1/2 tahun yang dibawa oleh ayahnya ke klinik untuk mendapatkan nasihat tentang tingkah laku nya yang berubah dalam tempoh dua minggu kebelakangan. Si anak dikatakan tidak mahu berenggang dengan ayahnya. Setiap pagi dia akan menangis apabila ayahnya hendak pergi kerja. Lazimnya , si ayah akan meninggal kannya di tadika dan terus pergi ke pejabat tetapi dalam masa dua minggu yang lepas , dia tidak mahu ke tadika. Dia tidak mahu ayahnya pergi kerja dan akan meraung apabila ditinggalkan.

Ayahnya hairan dan runsing dengan perubahan tingkah laku anaknya. Pemeriksaan fizikal ke atasnya tidak menunjukkan sebarang kelainan. Saya mulalah berbual -bual dengannya tentang keadaan di tadika , kawan -kawan dan minatnya. Apabila ditanya jika ada sesuatu yang membuatnya sedih , dia menyatakan bahawa dia berasa takut dan tidak boleh tidur malam kerana khuatir bahawa ayahnya akan mati !! Bila ditanya mengapa dia boleh berfikir begitu , dia menyatakan bahawa dia tidak mengerti mengapa sesorang mesti mati dan tidak kembali lagi. Kebetulan pula , dia telah dibawa oleh ibu bapanya menziarahi neneknya yang baru meninggal dunia. Ayahnya mula faham mengapa perangainya berubah dalam masa satu atau dua minggu itu. Dia mula meluahkan segala perasaanya. Dalam pada itu , perkara hidup dan mati telah diterang mengikut cara yang dia faham dan boleh terima. Perbualan seterusnya tertumpu kepada tadika , guru dan kawan -kawannya. Rancangannya pada hari -hari seterusnya dibincangkan bersama -sama dan dia menyatakan bahawa dia ingin kembali ke tadika kerana berminat dengan aktiviti -aktiviti di situ. Sejak hari itu , tingkah laku si anak kembali normal dan dia tidak lagi berasa cemas apabila berenggang dengan ayahnya.

Dalam salah satu lawatan ke pusat perkembangan kanak -kanak TIMANG LPPKN , saya melihat satu peristiwa di mana seorang kanak -kanak berusia dua setengah tahun meraung sekuat -kuat hatinya kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya yang terpaksa meninggalkannya di bawah jagaan pengasuh. Kanak -kanak mudah berasa cemas apabila ditinggalkan di tempat yang terasing baginya atau dibawah jagaan orang -orang yang tidak dikenalinya.

Pengasuh yang cekap dan berpengalaman tentang karenah kanak -kanak akan dapat mengawal keadaan . Dengan penuh rasa yakin , dia akan mengambil anak itu daripada pangkuan si ibu dan terus membawanya masuk ke bilik di mana kanak -kanak lain sedang asyik bermain dengan alat -alat permainan. Dia akan memberi sepenuh perhatian pada anak itu dan menggunakan alat -alat pemaianan untuk menarik minat si anak. Dia tidak akan beredar sehingga si anak berasa benar -benar selesa dan mesra dengan keadaan sekelilingnya. Perasaan cemas apabila dipisahkan daripada biunya akan reda apabila si anak sudah yakin dan mesra dengan pengasuhnya.

Kadangkala , perasaan takut seseorang itu terhadap sesuatu benda atau binatang akan berterusan sehingga dewasa. Ambil contoh seorang dewasa yang takut pada anak kucing. Dia tidak faham mengapa dia bersikap demikian dan tidak pula tahu bagaimana cara mengatasi keadaan tersebut. Setuiap kali mendengar bunyi anak kucing mengiau , dia seolah -olah hilang pertimbangan . Wajahnya menjadi pucat , bulu romanya berdiri tegak , jari -jemarinya menggeletar dan dia berasa cemas. Apabila diselidik , ternyata bahawa perasaan takutnya itu telah bermula sejak usianya dua tahun lagi. Sewaktu dia terjaga dari tidur , dia mendapati seekor anak kucing sedang tidur di atas dadanya. Ini menyebabkan dia terperanjat dan lari dari ketakutan sambil menjerit -jerit sekuat hatinya.

Kejadian itu tidak luput dari fikirannya. Setiap kali ternampak anak kucing , perasaan takutnya akan timbul. Lama kelamaan , terjalinlah perasaan takut ( phobia ) terhadap anak kucing. Semakin lama , semakin sukar untuk menghilangkan perasaan takut itu. Dia memerlukan satu program desensitisasi untuk mengatasi masalah yang dialaminya. Perasaan takut ini seelok -eloknya dirawat sewaktu sesorang itu masih kecil lagi .

Perasaan takut memang sering terdapat di kalangan kanak -kanak tetapi kebanyakannya akan hilang dengan sendiri. Ibu bapa perlulah mengetahui bagaimana timbulnya perasaan takut itu dan bagaimanaia boleh berlanjutan. Ia perlulah dianalisa untuk mengetahui asas kewujudannya. Kanak -kanak yang mengalami perasaan takut boleh dipulihkan dengan menggunakan strategi psikologi. Ibu bapa ingin anak -anak mereka menjadi dewasa dengan penuh keyakinan diri tanpa sebarang perasaan takut yang tidak berasas ( irrational fears ). Jika anak anda mempunyai perasaan takut yang agak keterlaluan , eloklah dapatkan nasihat ahli psikologi atau pakar kanak -kanak yang arif tentang masalah tingkah laku kanak -kanak supaya keadaan ini dapat dipulihkan seberapa segera.


Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm


No comments:

Share it

Related Posts with Thumbnails