Saya Suka Blog ini

Wednesday, July 14, 2010

MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakanibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka akan mengambil perhatian berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera tidaklah dapat dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang dikenal pasti lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil . Golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya mempunyai reratusan kanak -kanak prasekolah lembab yang lebih tinggi dibandingkan dengan golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang tinggi .

Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah ini perlu di perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika mereka pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal aspyxia ) atau penyakit kuning yang serius (septicaemia )

1. Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2. Mereka yang sering berpenyakit

3. Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan perhatian (attenspan deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi

4. Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang kucar -kacir sehingga mereka berasa kurang tenteram .

. Bagaiman menilai kanak -kanak prasekolah yang lembab ?

Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran dan sebab -sebab timbulnya masalah tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh memahami dan mengikut arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan hanya setaraf dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya adalah memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja dan telah disahkan menghidap sawan pada hari pertama kelahirannya . Ini di sebabkan oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya pada masa itu. Maklumat ini penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak ini. Pakar kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang disebabkan oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak itu lembab pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi yang dilahirkan prematur diawasi supaya tahap glukos dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa berjumpa doktor kerana didapati tahap pemikirannya lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara terperinci, didapati bahawa dia pernah mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia tiga tahun. Penyakit meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat seseorang kanak-

kanak itu untuk mengatahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya lembab.

Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana kanak -kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang kanak -kanak yang normal sudah boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus , nak minum air oren ". Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh bertutur satu atau dua patah perkataan sahaja .

Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap . Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian otak yang menguasai fungsi pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap walaupun dia boleh memahami dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak yang sebegini seolah -olah kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan pada alat pertuturan dan sebagainya . Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila dikaji riwayat keluarganya , didapati bahawa ayahnya , didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu .Olehitu , masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan dengan baka dan tidak perlu bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal apabila dewasa sedikit kelak . Memang tepat seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat dalam tempoh masa beberapa bulan kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti kurang tumpuan perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan daripada kanak -kanak lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis , meniru gambar lukisan atau membuat sesuatu bentuk dengan kiub boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya . Umpamanya , kanak -kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan dengan pensil jika disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar -gambar binatang dengan tepat seperti yang di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya dari berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami bahasa yang digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka bentuk model, meniru susunan kiub dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam acuannya. Dari bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu mengaggarkan tahap pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti kanak-kanak biasa, ujian-ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran seorang kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa boleh diukur berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan menyuruh dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu cara lagi ialah dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta, botol susu dan sebagainya. Gambar-gambar yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-kanak dan pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan memerhatikan kanak-kanak itu menjalani ujian-ujian yang diaturkan, meneliti tingkah lakunya. Dalam pergaulan dan cara dia berinteraksi dengan orang lain. Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain -main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak lain dan juga dengan mendengar pertuturannya yang secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang apa yangterkandung dalam pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah yang saya gunakan untuk kanak -kanak yang berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan menunjukkannya gambar -gambar serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu . Gambar -gambar yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut , lapangan terbang , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan sebagainya . Kanak -kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik tentang setiap gambar itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat pendiagnosan masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli psikologi untuk mendapat keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran kanak -kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan yang kanak -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak yang bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya .

Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya tanpa rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak normal . Dia juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau tidak dan sama ada kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) , cara memproses sesuatu maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu memuaskan atau tidak .

Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan -kelainan tertentu seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun ( undescended testis ) , masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan tidak membesar ( failure to thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum penilaian intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan . Kanak -kanak yang pucat (anaemic) mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing kerawit dan sebagainya . dia sering mengantuk , tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk belajar.

Intervensi awal

Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan . Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.

Kesimpulan

Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-kanak itu dapat diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa pencapaian bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis .

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan disekolah biasa, disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian yang mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

1 comment:

Noridah Ramli said...

Alhamdulillah
Sudi kan lah lawat blog Ini linknya ---> http://meraikan.blogspot.com/

Share it

Related Posts with Thumbnails