Saya Suka Blog ini

Friday, October 29, 2010

Ketua Setiausaha Baru Kementerian Pelajaran Malaysia


Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Y.Bhg Dato' Dr. Rosli bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Zulkurnain Awang yang dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh yang sama. Pelantikan Dr Rosli diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rosli, 52 tahun, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran Strategik dari University of Hull, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 3 Januari 1983 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan ekonomi dan perancangan pembangunan menerusi karier perkhidmatannya di pelbagai kementerian.

Jawatan pertama yang disandangnya ialah sebagai penolong pengarah bahagian perindustrian, kementerian perdagangan dan perindustrian dari 1983 hingga 1988 sebelum menjadi penolong setiausaha, bahagian perhubungan antarabangsa dan logam, kementerian perusahaan utama.

Dari tahun 1991 ke 1992, Dr Rosli menjadi pegawai projek kanan, Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kemudiannya sebagai penolong pengarah, bahagian perjawatan juga di JPA dari 1992 ke 1993. Beliau kemudiannya menjadi penolong setiausaha, bahagian kemajuan perindustrian perhutanan dan kayu kayan, kementerian perusahaan utama sehingga 1995.

Dr Rosli juga pernah berkhidmat sebagai ketua penolong pengarah kanan, seksyen tenaga, unit perancang ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dan beberapa bahagian lain di UPE sehingga pertengahan tahun ini. Pada 24 Mei 2010, beliau dilantik sebagai timbalan ketua setiausaha (pengurusan), kementerian pelajaran. - Bernama

1 comment:

BOGIMAN said...

YBHG. DATO’ DR. ROSLI BIN MOHAMED

Kami penduduk-penduduk Sek U10 Shah Alam memohon agar Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran mendirikan sekolah rendah dan menengah di Sek U10 dengan segera.
Walaupun bekas KSU KPM, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan wargakerja KPM dahulunya gagal membina sekolah Sek U10. Kami berharap YBhg, KSU KPM dan Timbalan KSU KPM , Hj.Nazaruddin berkerjasama dengan pemaju SPK mendirikan sekolah khas untuk perumahan penduduk Cahaya SPK Sek U9 sepertimana dicanangkan pada penduduk Cahaya SPK. Ini dapat membantu seluruh penduduk Sek U10 menumpang sekolah Cahaya SPK Sek U9.

Mohd Najib Budiman

Share it

Related Posts with Thumbnails