Followers

Saturday, October 26, 2013

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: INOVASI DI EROPAH PADA ABAD 20: MONTESSORI’S CHILDREN’S HOUSE

Montessori melihat pendidikan sebagai membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.  Guru sering mengabaikan kepentingan elemen yang tidak disedari iaitu membimbing  dan kerana itulah kanak-kanak sukar mengadaptasikan diri dengan masyarakat (Wolf, 2002).Beliau juga percaya, peringkat perkembangan dalam falsafah Pestalozzi dan Froebel adalah peringkat perkembangan  yang paling sensitif.Beliau berpendapat mendidik kanak-kanak dapat menyelamatkan masyarakat ( Goffin & Wilson, 2010; Wolfe, 2002).

Persekitaran Dan Kurikulum
              Persekitaran yang baik adalah prinsip utama dalam  Montessori’s Casa dei Bambini atau pun dikenali sebagai Children’s house  semasa beliau mengasaskannya pada tahun 1907 di Rome. Beliau telah mencipta objek yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti menyusun, membuka, menutup dan menghubung.Beliau melihat aktiviti bermatlamat sebagai pekerjaan kanak-kanak, berbeza dengan aktiviti bermain dilihat sebagai tidak fokus dan meremehkan. Ini berbeza dengan falsafah Pestalozzi, Froebel dan Dewey yang melihat bermain sebagai pusat pendidikan bagi kanak-kanak.

Peranan Guru
  Montessori  tidak  bersetuju dengan sistem ganjaran dan hukuman dan percaya bahawa maruah diri adalah motivasi intrinsik kanak-kanak.Beliau lebih fleksibel berbanding dengan tadika Froebel yang memilih banyak tugas dan aktiviti untuk kanak-kanak.  Beliau menegaskan bahawa ibu bapa akan membentuk masa hadapan yang tidak baik apabila mereka kerap memberitahu anak-anak mereka bahawa mereka tidak cekap apabila melakukan sesuatu.Seorang guru yang baik mestilah memegang tiga prinsip iaitu menyediakan persekitaran yang baik, sikap perikemanusiaan dan menghormati kanak-kanak.

 Sekolah, Ibu Bapa dan Komuniti
           Montessori bersikap terbuka terhadap ibu bapa. Sekolah Montessori menikmati bantuan kewangan daripada kerajaan Itali semasa awal penubuhannya. Pada  tahun 1909, Montessori telah menerbitkan  The Montessori Method: Scientific Pedagogy as Applied to children education in “The children’s House’s”.Pada tahun1911 hingga 1917,  Beliau menerima banyak perhatian daripada pendidik Amerika.Pendidikan adalah sebagai alat untuk reformasi sosial dilihat sangat sesuai dengan pendidik Amerika. Pada tahun 1960an, Mostessori sekali lagi mendapat perhatian daripada pendidik  Amerika dimana dana daripada War on Poverty  digunakan untuk sekolah dan pendidik ( Pitcher, 1966).  

Rujukan:
Roopnarine J.L. & Johnson J.E. (2005) Approaches To Early Chilhood Education. 4th edition. Ohio.  Prentice Hall

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.