IKUTI pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin.
KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini.
Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah.
Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya.
Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid.
KAEDAH P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.
Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.
Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit.
Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya.
Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.
Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu.
Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.
Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan.
Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu.
Setiap kelompok murid terbabit memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat.
Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M.
Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan bersesuaian.
Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka gagal menguasai 3M.
Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran.
Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli.
Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru.
Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah.
Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal.
Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius.
Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu.
Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan.
Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.
Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa.
Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.
Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Pendidikan/20091103073642/Article
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan menyasarkan peningkatan 87 peratus pendaftaran kanak-kanak prasekolah kepada 447,556 murid pada 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah meningkatkan jumlah kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu merupakan usaha menjadikan sistem pendidikan negara terus relevan.
Menurutnya, pada masa sama, ia bagi mencapai matlamat menjadikan prasekolah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran.
“Pertambahan 104,850 murid itu adalah penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun yang mengikuti pembelajaran prasekolah kerajaan dan swasta,” katanya menjawab soalan Abd. Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif di kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut kurikulum yang dikuatkuasakan sejak 2003 sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta.
Katanya, kurikulum prasekolah sedia ada akan ditambah baik termasuk cadangan memanjangkan 50 peratus tempoh interaksi dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, 4,194 kelas prasekolah baru pula akan dibina menjelang 2012 selain menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif.
Tambah beliau, kementerian juga memberi latihan kepada guru prasekolah kerajaan dan swasta melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme.
“Penyeliaan serta pemantauan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dijalankan dari semasa ke semasa.
“Bukan itu sahaja, pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa terutama di luar bandar serta yang berpendapatan rendah akan dijalankan,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Abd. Rahman mengenai masalah murid-murid normal yang keciciran membaca, menulis dan mengira (3M), Muhyiddin berkata, beliau yang menyedari perkara itu.
Menurutnya, masalah tersebut berlaku ekoran perbezaan kawasan pendidikan seperti di dalam dan luar bandar.
Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan RM48 juta melalui Bajet 2010 bagi memperbaiki kelemahan aspek keperluan, kemudahan dan latihan yang tidak mencukupi itu.
Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Muhyiddin berkata, program Permata di seluruh negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kementerian bercadang mengembangkannya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menjangkakan penyertaan murid berusia lima tahun untuk mengikuti pendidikan prasekolah meningkat kepada hampir setengah juta dan merancang membina 4,194 kelas prasekolah baru menjelang 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , berkata kadar penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta tahun ini 67 peratus.
“Menjelang 2012 Kementerian Pelajaran mensasarkan kadar penyertaan akan meningkat kepada 87 peratus iaitu peningkatan 20 peratus.
“Dari segi bilangan murid, dijangkakan seramai 447,556 murid akan mengikuti prasekolah pada 2012 berbanding 342,706 murid pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 104,850 murid,” katanya, ketika menjawab soalan lisan Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menjadikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara, di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata Akta Pendidikan 1996 menjelaskan prasekolah adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menjadikan sistem pendidikan terus relevan dan mencapai matlamat.
Katanya, di samping pendidikan memberi pengalaman pembelajaran yang holistik dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tumpuan juga untuk memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif kanak-kanak.
“Bagi mencapai hasrat terbabit, semua prasekolah sama ada tajaan kerajaan atau swasta diwajib menggunakan satu kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikuatkuasa sejak 2003,” katanya.
Menurutnya, bagi mencapai sasaran dan matlamat itu, beberapa strategi menyeluruh dirancang untuk dilaksanakan, termasuk menambahbaik kurikulum prasekolah sedia ada dan cadangan waktu interaksi dalam bahasa Inggeris sebanyak 50 peratus.
“Menjelang 2012 sebanyak 4,194 kelas prasekolah baru akan dibina; latihan kepada guru Kementerian Pelajaran dan swasta melalui pelbagai kaedah latihan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme berterusan,” katanya.
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.
Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
Mencegah penyakit gusi
Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.
Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
Untuk bayi
Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
Untuk kanak-kanak
Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.
Ubat gigi sebesar biji kacang soya.
Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik
Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.
Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
Jangan berkongsi berus gigi.
Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.
2. Makan secara sihat :
Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.
Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.
3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :
Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
Ubat-Ubatan
Latar belakang
Sesetengah jenis ubat jika diambil dalam tempoh terlalu lama dan berterusan boleh memberi kesan buruk kepada gigi contohnya:
Ubat sirap mengandungi gula yang diberikan kepada kanak-kanak, meningkatkan risiko terhadap kerosakan gigi. Tetracycline boleh menyebabkan kecacatan kekal warna gigi sehingga menjadi kelabu atau lebam.
Apakah kesan ubat-ubatan ke atas gigi?
Ubat sirap lazimnya mengandungi gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi terutama jika penjagaan kebersihan pergigian diabaikan.
Antibiotik dari jenis tetracycline boleh menjejaskan proses pembentukan gigi.
Bagaimanakah untuk mencegah kesan buruk ubat-ubatan ke atas gigi?
Panduan di bawah mungkin dapat membantu mencegah kesan buruk ubat-ubatan pada gigi :
Dapatkan ubat-ubatan yang tidak mengandungi gula jika ada pilihan.
Gunakan picagari. Ubat yang diisikan ke dalam picagari dimasukkan jauh ke dalam mulut anak bagi mengurangkan kesan gula pada permukaan gigi.
Minum air kosong atau berkumur-kumur setelah mengambil ubat. Sekiranya tidak dapat berkumur, bersihkan mulut bayi dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
Pastikan jenis antibiotik yang diberikan kepada anak anda. Elakkan daripada mengambil antibiotik jenis tetracycline.
Makanan Ringan (Snek)
Latar belakang
Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.
Apakah makanan ringan yang berkhasiat?
Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.
Minuman penghilang dahaga :
air kosong
jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
susu segar
Buah-buahan dan kekacang:
buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun
kekacang seperti kacang kuda rebus
Makanan yang mengenyangkan:
Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.
Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pemeriksaan Pergigian Berkala
Latar belakang
Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.
Mengapa perlu melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala?
Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk :
Mengawasi pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang
Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
Menyelia penjagaan gigi sendiri
Bilakah pemeriksaan pergigian perlu dilakukan?
Mulakan pemeriksaan pergigian setelah gigi susu pertama tumbuh ( berumur lebih kurang 6 bulan). Ikuti nasihat doktor pergigian untuk pemeriksaan seterusnya.
Karies Awal di Kalangan Kanak-kanak
Apakah yang dimaksudkan dengan karies awal di kalangan kanak-kanak?
Karies awal di kalangan kanak-kanak ialah kerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadar yang cepat yang disebabkan oleh amalan penyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagi oleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia juga dikenali dengan nama karies botol susu.
Apakah yang menyebabkan kerosakan gigi anak?
Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku.
Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan. Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Bagaimana anda boleh mengetahui anak anda mengalami kerosakan gigi?
Anak anda mungkin mengalami:
sakit gigi atau gusi
kerosakan gigi kacip di rahang atas
kerosakan gigi geraham di rahang atas dan bawah
Kebiasaannya, kerosakan gigi jarang berlaku pada gigi hadapan rahang bawah.
Apakah masalah berkaitan yang timbul?
Kerosakan gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan :
sakit gigi
bengkak gusi
kehilangan gigi
Bagaimanakah gigi yang rosak dirawat?
Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan. Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi awal di kalangan kanak-kanak?
Langkah yang perlu diambil :
Pangku anak anda semasa menyusu botol dan keluarkan botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.
Sekiranya anak anda enggan tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong.
Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah. Jadikan kebiasaan untuk memberus gigi nya dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh.
Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampur gula ke dalam minuman botol anak anda.
Usahakan agar anak anda tidak lagi mengguna botol susu apabila sudah berumur 1 tahun. Latih anak anda minum susu dengan mengguna cawan.
Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.
Ubat Gigi Berfluorida Untuk Kanak-Kanak
Pengenalan
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.
Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan
Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.
Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .
Rawatan Kecacatan Pada Enamel
Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.
Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul
Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik
TETAPI
Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.
Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia yang bertanggungjawab dan berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan, mereka memperolehi pengetahuan telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira fakta-fakta jasmani mental, emosi politik, ekonomi, sosial keturunan atau agama
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang seting-tinggi
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasarna yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
Memberikan maklurnat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonorni ibu bapa pelajar
Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Mengelakkan diri data menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara
memupuk dalarn diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi pendidikan dengan rnasyarakat
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudavaan dan kecendekiawan masyarakat
Berpegang kepada tingkahlaku sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami hari dengan baik
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungiawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan nengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baharu dalam profesion perguruan
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama haik profesion perguruan.